Friday, 3 April 2020

FridayHana #3

i love him more than he can imagine - Google Search

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Doa adalah senjata seorang muslim. Rugi lah kita kalau tak guna senjata tu kan? Because "even if it a whisper, Allah hears it" 

Waktu-waktu makbul berdoa

  • Waktu antara azan dan iqomah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
  • Sewaktu hujan turun
Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
  • 2 waktu pada hari jumaat
“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
  • Sepertiga malam terakhir ramadan
Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • Hari Arafah pada musim haji
Sabda Rasulullah  SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
  • Ketika waktu sahur dan berbuka puasa
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Sumber : https://zayan.my/zayan-portal/trending/6-waktu-paling-mustajab-untuk-berdoa

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Allah bersifat Haya' (malu), iaitu apabila kita mengangkat tangan memohon sesuatu, Allah sangat malu untuk membiarkan kita menurunkan tangan tanpa sebarang doa yang makbul. 

Cuma... kadang-kadang doa kita lambat makbul bukan sebab Allah tak nak makbulkan. Tapi sebab Allah naaak sangat dengar kita doa lagi, lagi dan lagi dekat DIA. :') Supaya... kita jadi dekat dan makin rapat dengan DIA. Dan supaya kita faham indahnya sabar apabila akhirnya Allah makbulkan juga doa kita.

Apa-apapun, berdoa itu ibadah. Makbul tak makbul kita tak rugi apa-apa pun sebenarnya. Pahala dapat... rahmat Allah pun dapat, Inshaallah.

And kawan Hana pernah pesan, iaitu memetik daripada kata-kata seorang ulamak "Jangan lihat betapa tidak layaknya kita untuk meminta dari Allah. Tapi lihatlah, betapa berkuasanya Allah untuk memberi"

Sekian, semoga bermanfaat! ^_^
Semua tak nak beraya pakai mask kan? ngehehehe jadi jom sama-sama perbanyakkan doa supaya Allah angkat wabak Corona ni cepat-cepat. :')

30 comments:

Warisan Petani Warisan Petani said...

Dah 3 X solat jumaat miss

Hanachie Hanachie said...

@Warisan Petani

Mesti rindu nak dengar kutbah macam selalu kan? :')

Azian Elias Azian Elias said...

salam kenal..

nice sharing.
waktu2 covid19 ni mmg elok banyak2 kita berdoa kan.

Hanachie Hanachie said...

@Azian Elias

salam kenal2 jugak!
.
ha'ahh kan? kan? ^_^

Tiara Sapphire Tiara Sapphire said...

nice sharing :)

Hanachie Hanachie said...

@Tiara Sapphire

Thank you! ;)

izzati日向 ♥ izzati日向 ♥ said...

this made my day. im crying. Thank you kak hana sebab sudi share. love youu. Moga terhindar dari wabak nih. aamiin aamiin. <3

Hanachie Hanachie said...

@ᴀᴛʏᴄʜᴀɴ ☽

awww... you're too sweet :') thank you, may Allah protect you always! <3

aienienka aienienka said...

terima kasih sebab selalu ingatkan atas kelalaian diri asyik nak mengeluh.. hehe

Hanachie Hanachie said...

@aienienka

alah tak apa. Sebab Hana pun suka mengeluh jugak sebenarnya hahahah >_<
.
But thank you kak Aien atas komen yg membina. ;) ;)

ray ray said...

thank you so much for sharing and reminding us all on this.

Cuya Cuya said...

Terima kasihh ats perkongsiannn

shima jelani shima jelani said...

Tenkiu Hana kerana mengingatkan. InsyaAllh kita semua boleh mengharungi wabak Covid 19 ini bersama-sama

Hanachie Hanachie said...

@ray

I'm honestly 'nobody' to remind anybody ngehehe but thank you for your nice comment kak Ray! ;)

Hanachie Hanachie said...

@Cuya

Sama-sama kak Cuya!! ^_^

Hanachie Hanachie said...

@shima jelani

Aaamiin ya Rabb.. :') Ngeee terima kasih sudi baca dan komen! ^_^

Mijablur Mijablur said...

Thanks sebab sudi mengingatkan..

Hanachie Hanachie said...

@Mijablur

Heeeeee >_< terima sudi baca! siap komen lagi!

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip said...

betul tu.. yang terdetik dalam hati xkan dapat disorok kerana Dia Maha Mendengar. apa lagi doa doa kita yang dizahirkan insyallah Dia akan makbulkan sesuai masa dan ketikanya =')

Hanachie Hanachie said...

@Siti Yang Menaip

Yaa... Inshaallah kan kak?! :')
.
Oh, Thank you for reading! ^_^

Sha Mohamed Sha Mohamed said...

Doa memang senjata yang kuat.. tq for sharing hana..

Hanachie Hanachie said...

@Sha Mohamed

Kak Shaaa!! >_< heehee kan? kan?
.
Thank you sudi baca! ^_^

ray ray said...

everybody is somebody. ^^

we can always keep on reminding each other on certain things.

AmyZana AmyZana said...

Waktu sahur dengan berbuka.. baru teringat dah nak ramadhan ya kita

Semut Senyum Semut Senyum said...

Assalamualaikum, terima kasih atas peringatan ini... sekali sekali mmg kena baca benda2 mcm ni, utk refresh balik ilmu2 yang pernah belajar. happy blogging!

Hanachie Hanachie said...

@ray

heeeee >_< thank you kak Ray! <3

Hanachie Hanachie said...

@AmyZana

Ha'ah kan? kan? heee excited-nyaaa dah nak puasa!! ;)

Hanachie Hanachie said...

@Semut Senyum

Waalaikumussalam... hehe betul! betul! betul! ;)
.
Happy blogging too!! ^_^

ray ray said...

you're welcome my dear. take care okay

Hanachie Hanachie said...

@ray

Take care too... ok?! >_<