Wednesday, 22 January 2020

Library Story


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Setelah lebih kurang 1 tahun setengah Hana tak pergi Library, akhirnya Hana teruskan hobby Hana sebagai manusia pelik yang suka lepak kat library.
.
Buat masa sekarang, Hana prefer pinjam buku compared than beli kat kedai. Bunyik macam kedekut kan? Tapi hakikatnya, Hana bukannya kaya mana nak beli novel tebal-tebal every months. Kalau dah kerja and ada duit sendiri lain cerita. So selagi boleh dapat free, Hana manfaatkan ja lah kemudahan awam yang dah sedia ada ni. ^_~



So ini hasil daripada pinjaman buku Hana beberapa hari lepas. Boleh tahan belambak kan? Hahaha sumpah Hana punya beria nak pinjam buku tu sampai nak angkut bawak ke counter pun kalut! Ya lah buku lagi besar dari tapak tangan Hahah!

.
And macam biasa seperti sebelum ini Hana kena berhadapan dengan Librarian berwajah garang yang Hana dah familiar untuk urusan peminjaman. Hahah tapi tu lah, tau-tau ja librarian tu kata Hana kena renew keahlian Hana sebab dah setahun lebih tak renew. Halaamak! So, Librarian tu kata kena ambik masa sikit lah nak renew. And Hana pun terfikirlah "kesian pulak Mrs.Mom tunggu lama dalam kereta" so Hana mintak izin dengan Librarian tu "Kak, boleh tak nak keluar pergi inform kat mak kejap?" hahahah kemain lagi panggil kakak! Walaupun....... hehheee Librarian tu dah taraf mak cik senarnya. Tapi biasalah Hana.... saja nak kasik bunga-bunga feeling kat makcik tu *biar skru kat muka tu longgar sikit* :P Hehehe then alhamdulillah mak cik tu macam sengih sikit lah... then izinkan Hana keluar kejap. ^=^
.
So lepas Hana keluar pergi inform tu, akak tu cakap "dik, kena bayar 10 ringgit untuk keahlian sebab adik dah 20 tahun." Gulp! Telan air liur jugak Hana time tu sebab dalam dompet tinggal 2 ringgit bertemankan kad watson ja Hahahahah. So once again Hana mintak izin keluar untuk mintak 10 ringgit kat Mrs.Mom. Huh!
.
Then bila dah dapat RM10 ringgit and patah balik kat counter, akak tu cakap... "dik boleh tunggu kejap, akak kena urus orang nak pinjam buku"
Huh! Bila akak tu dah cakap macam tu Hana hanya mampu sengih dengan seikhlas hati. Hahah Hana tak kesah nak tunggu lama. Tapi tu lah, takut-takut masuk kereta nanti kena bebel ja :P ya lah, kena pulak time tu mak Hana quite rushing!

Then akak tu suruh Hana duduk lah kejap. And buat sekian kalinya Hana akur. Hahah faham sendiri ja lah kalau dah tahap kena suruh duduk tu maksudnya lama lagi lah urusannya.

Sambil-sambil akak tu urus peminjaman buku orang yang dah potong turn Hana tu, tiba-tiba akak tu dapat call lah pulak. Hahaha lebih kurang seminit dua lah Hana kalut tengok akak tu jawap call. Hahaha kalut-kalut pun fake smile tak runtuh. Hahaha Opkoslah Hana rasa macam cacing kepanasan. Cari buku nak dekat setengah jam, lepas tu kena hadap dugaan kat counter peminjaman pulak nak bemenet! Hahaha and Hana janji dengan Mrs.Mom  sebelum masuk library "sekejap ja... tak sampai 10 minit" hahahaha korang boleh agak tak macam mana kalutnya Hana masa menunggu tu?

Then  tetiba lepas jawap call, akak tu suruh security guard panggilkan seseorang.

Tak lama lepas tu, seseorang tu pun datanglah kat internal counter and rupanya akak tu suruh uruskan renew keahlian Hana. Haha alhamdulillah.... :P

Then tak memakan masa yang lama Hana dipanggil untuk beri tanda tangan. And...  bom! Bila tengok muka pengurus yang ganti akak tu Hana be like "Mashaallah... Inikah kemanisan disebalik dugaan Hana nak pinjam buku?" hahhahahaha Tak sangka betul boleh face to face dengan Gong Yoo! >_< dan buat seketika Hana feeling2 seperti Ji Eun Tak dalam drama Goblin ngehehehe. So apa lagi, dalam hati tu asyik "it's beautiful life.... nan neoui gyeote isseulge" bahahha even tak tau lirik pun sis nyanyi ja, janji melodi dia tepat! :P

Settled urusan. Hana cakaplah terima kasih dengan senyuman yang terlebih lebar. Hahahaha tapi muka berani pandang akak tu ja lah. And tanpa Hana jangka pengurus iras-iras Gong Yoo tu yang jawap "sama-sama..." hahahaha maka tersengih-sengihlah sis keluar library!!
.
Kehkehkehkeh... so kesimpulannya, Hana tak sabar nak pulangkan buku. Hahahahahah :P :P


Jangan tanya library mana satu pulak tau! Hahaha alah Gong Yoo je pun! >w<  
*Haish... kan dah tak memasal Hana pergi re-watch drama Goblin. 

16 comments:

aienienka aienienka said...

Hahaha lepas ni rajin-rajin la pergi library tu lagi. Lepak seharian pun boleh. ^^

Hanachie Hanachie said...

@aienienka

Ha'ah! Memang ada plan pun. Kalau boleh siap nak mintak kerja kosong. Hahaha :P kehkehkehkeh gurau..

Cuya Cuya said...

seronok mcm jumpa crush ya dia..hehhe

Hanachie Hanachie said...

@Cuya

Ngehehe Seronok jumpa Oppa korea ;3

thes thes said...

bukan beshe beshe lepak lib ni... hahaha, i prefer to buy my own daripada pinjam plus kwsn rumah memang jauh dengan lib hm memang taklah kan

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip said...

masa study dulu rajinla ke library sebab sejuk. tenang..
but mostly tahan 3/4 je.. kadnag2 lepas 2 jam da surrende..

Nurzarini Ismail Nurzarini Ismail said...

Amboi, sakan na. Akak doakan mamat hensem tu nanti yang uruskan urusan penghantaran buku Hana nanti. Eh, silap. Bookdrop je la, jimat masa..haha

Hanachie Hanachie said...

@thes

Hahaha Gong Yoo punya pasal! :P btw, beli sendiri lagi best sebenarnya, sebab dapat buat collection.

Hanachie Hanachie said...

@Siti Yang Menaip

Hehe lagipun tak bising, so senang cari inspirasi. ;)

Hanachie Hanachie said...

@Nurzarini Ismail

Mekasih doanya... harap-harap Till Jannah lah ya.. ;D eh eh melampau pulak! Hahaha tapi tu lah... entah-entah tunang orang! :P

ᴀᴛʏᴄʜᴀɴ ☽ ᴀᴛʏᴄʜᴀɴ ☽ said...

I love library. Izzati skrg pun lama dah tak gi library. Heheks. Enjoys your reading. <3

Hanachie Hanachie said...

@ᴀᴛʏᴄʜᴀɴ ☽

Heee high five 2 kali ;D jumlah teman kak Hana jadi ulat buku :P hehe Thanks!!

ray ray said...

hahahah kemain ye hana. XD bila sebut library, i can barely remember when was the last time i ever went to the libraby. probably almost a year ago.

Hanachie Hanachie said...

@ray

Hahah me too, it's actually been a year before I decided to continue that routine. ;D

dear anies dear anies said...

Gong Yoo? biar betik? hehehehhehe

Hanachie Hanachie said...

@dear anies

hahaha biar betik bukan?! ;)