Thursday, 6 December 2018

Islam bukan agama yang membebankan!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kadang-kadang,Hana takut untuk tegur seseorang yang buat salah secara blatantly....
Bukan sebab malu,bukan juga sebab manusia tersebut 3 kali ganda lagi gangster dari Hana :P hohoho,tapi sebab Hana takut... takut dia anggap Islam ni agama yang membebankan.
.
Ya lah,sikit-sikit haram... sket sket haram.. aduii! Ini takleh... itu takleh! 
.
Hana takut.Dia anggap Islam ni kolot! :') Itu ja sennarnya....
.
But,alhamdulillah... baru-baru ini Allah pertemukan Hana dengan satu video ringkas dari Ustaz Adnin Roslan Tarbiah Sentap yang sangatlah menjawab persoalan 'adakah Islam itu membebankan atau tak?'
.
So dengan ini,Hana nak ajak korang-korang yang singgah laman besawang Hana ni untuk hayati video bermanfaat ni.Inshaallah... Allah bukakkan hati kita untuk jadi hamba yang mendengar kata...






.
Please... please... please tengok video ni! T^T Hana nak isi tabung pahala Hana yang tak banyak mana tu... T^T tengok tau! Alah 8 menet ja guys! :P *hohohoho kalah awek cendol dah level demand dak Hana ni! >_<*
.
Sekian... esok lusa singgah lagi ^_^  *tu pun kalau sudi lah... :P

Monday, 3 December 2018

Dear Insecure girl








بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Dear Insecure girl,

.

Awak mungkin rasa diri awak tak cantik.Muka jerawat,gelap! tak halus and glowing macam telur dikupas... ala-ala kertas pasir gitu!    or... mungkin saiz badan awak dikategorikan sebagai chubby a.k.a comelll!! ^^  
.
" Tak apa! dunia ni persinggahan sekejap ja... esok-esok masuk kubur reput jugak! tak adanya nak kekal flawless macam kat dunia "

Awak mungkin pernah cakap macam tu kat diri awak kan?! ^^ saya tau betapa struggle-nya awak nak motivate diri sendiri.Bukan sekali dua awak cuba untuk jadi positive! tak kira berjuta kali pun awak cuba... there's still be any other time where you're gonna complaining about yourself.

.
Dear insecure girl,

Wallahi,I am fully understand how does it feel,how struggle you are to accept yourself every single day...  and how hurted you are to face yourself in the mirror.

.
But! trust me... I see something special in you... 
.
Well,you might don't have a perfect body *reality check,most people don't!* 
But how if think that you are kind... gentle... brave... smart... 
.
.
Life's not fair... 
It never design to be fair! and it never will be! 
.
So things will break.... but it's ok! Things! will fall apart... it's ok! You let yourself down.... it's ok!
.
It's ok! It's fine! :) *because you live with gratitude*

Dear insecure girl,

" You are Unique!! " 

Kalau Allah cipta semua manusia sempurna dan cantik... *macam yang awak skodeng kat media sosial tu semua...* tak meriah lah dunia ni... dan tak berperisa lah resam hidup kita... kan? ^^
.
So... awak adalah salah seorang makluk ciptaan Allah yang special... 
hmm... nak carik perempuan manis kalah gula kapas zaman teknologi sekarang ni.Tak susah! bersepah kat Instagram :P 
Tapi tu lah,spesis yang baik hati... lemah lembut... jujur... penyabar... dan tabah macam awak ni dah hampir pupus dan susah nak dicarik dalam banyak-banyak manusia cun dalam dunia ni heheehe >_<
.
Siyes Hana tabik kat awak punya attitude! ^^ Walaupun kena hempap dengan dugaan segunung tapi awak tetap ada kekuatan untuk senyum dekat depan semua orang.Even koyak rabak kat dalam hati tu Allah ja yang tau... :') Awak kuat! sebab tu awak masih bernafas untuk jalani hari baru dalam hidup awak pada hari ini.... *kalau awak tak berjiwa brutel,hmp! dah lama dah awak terjun tingkap!* 
.
So one reminder for you that I'm begging you to understand "YOU ARE UNIQUE!" -Remember that! ok?! 
.
Jadi,lepas ni... janji dengan diri awak yang awak akan terima diri awak yang awesome lagi unik tu untuk teruskan hidup dan jadi manusia berguna! ^^ Tak payah semakkan kepala hangguk awak yang brilliant tu dengan negative thought! kalau rasa insecure atau kena kecam ke apa... awak bagi ja diaorang ayat ni " awak rasa saya ada masa untuk keysah?! " ahahahaha kalau nak lagi gempak siap dengan flip hair sekali :P
.
Ok sekian sahaja kata-kata motivasi dari pakar motivasi anda yang poyo lagi mintak kaki ni :P semoga anda semua boleh hadam entri mengarut yang nampak agak 'try-hard' sangat nak jadi motivator hahahahaha but honestly niat Hana ikhlas nak jadi motivator *tapi kalau rasa tak ter'motivate nak buat macam mana?! :P* tekan butang X lah jawabnya hahaha >_< K.bye! gerak lu paper roger >_<


I hope one day you can stand to look in the mirror and live with what you see... that it doesn't hurt you so much anymore :') Coz you understand that you've got more to offer to the world than simply being pretty ^^ No longer haunted by the scars on your skin,but fight to be the change they want to see.But more importantly,right now in this moment I want you to know just how incredibly perfect you are to me :) :) :) - To you that is hurted by self-hatred.

Thursday, 29 November 2018

Bubyeee Sem 1



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hollaaa!!!
.
Alhamdulillah 100 kali sebab Hana dah bebas dari fasa pertama percintaan dengan Mr.STPM!! Weeeeeeeeeeee >_<
.
So how's Sem 1
.
.
Hmmm..... (*******) hentahlah sis,tengah fikir2 nak sediakan RM 200 gitu.... hahahhaha dak2 Form 6 mesti faham kan?!! :P
.
Well,besalah tu first time! *katanya :P*
Tapi anxiety Hana memang masih turn on tak sudah-sudah since last paper yesterday.=3 Mengenangkan soalan karangan PAM yang entah betul entah tidak formatnya.... jawapan KMK yang entah ada dalam skema ke tak.... sains sukan yang nampak macam kacang tapi jawapan Hana bagi ikut sedap goreng ja.Sejarah pulak takyah tanya! Bukak-bukak paper dah tepuk dahi! Haih  lah.... tak berbaloi eyebag kat bawah mata ni!! Hmmmm...... :')
.
Ok lah... Hana tak nak semakkan kepala hangguk ni fikir pasal Mr.STPM yang langsung tak memberi kerjasama tu :P  well,alhamdulillah sebab Hana tau Hana dah cuba! Hana dah struggle! Hana dah doa! So now Hana cuma tinggal tawakal level savage!!! Huh! Yakin ja! :P repeat tak repeat belakang citer! Janji Sem 2 nanti jangan ulang the same silly mistakes!!

Btw,since korang rindu nak baca bebelan tak boleh brain dari Hana,so tibalah masanya untuk Hana buat comeback! Oh yeah!!! Hahaha jangan ada yang rasa semak pulak eayah? >_< hehhe well,cuti sebulan beb! >_< 
.
.
Sekian.Thank you sudi baca :) :) :) Nah <3 sebijik! Simpanlah kalau sudi :P Heheh Btw tak ada sapa ke nak main cak cak dengan Hana kat ruang komen?!!! :P Ke nak tunggu Hana cak! cak! awak dulu?! >_<


Thursday, 23 August 2018

Motivation Words #8



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Confidence isn't walking into a room thinking that you're better than anyone.
.
It's walking and knowing that you don't have to compare yourself with others.
.
You're not above anyone,
You're not below anyone.
.
That's confidence~


Happy Eid al-Adha btw!! Heheh ^_^ Hopefully there are amazing days ahead for us!!! :3 


Tuesday, 21 August 2018

Terkurung!!!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!
.
First of all,Hana nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang-korang yang memanfaatkan hari ini untuk puasa Arafah!!! ^_^ Yeahhh esok raya!!! Hehe actually,cuti-cuti sebegini pun Hana still bizai layan karenah Mr.STPM.
Hahhaa adaaaa jaaaa menyebok ganggu masa free Hana T^T hohoho
.
But,for now,Hana nak manja2 dengan blog Hana yang dah mula bersawang ni hehe ^^ banyak benda yang Hana nak cerita kat korang tapi before this asyik bizaaaiiii tak ingat dunia jaaa >_< So one of it is... kisah hari khamis lepas iaitu pada 16 Ogos.
.
Cerita dia cenni.Pagi-pagi tu,habis ja perhimpunan... Hana pergi tandas.Malangnya tandas tak ada air lah pulak! >_< but main purpose Hana nak gi tandas tu bukanlah atas dasar nak 'membuang'  instead nak usai tudung Hana yang tak berapa menepati piawaian tudung yang sepatutnya!!.hehhehe sebab pagi tu Hana bangun lambat dan tak sempat nak berlama-lamaan kat depan cermin.So hasil appearance Hana memang seriously boleh bikin bad mood satu hari. Hehehe macam mintak kaki jeee en minah ni :P :P :P Pang satu kali pun best jugak!! hahahah.
.
Sorry lah kalau buat korang rasa macam level gedik Hana ni dah tak boleh bawak bincang!! :P 
.
Berbalik kepada cerita,Hana pun bertapa lah kat dalam tandas semata-mata nak betulkan tudung... sesambil tengah buat aksi tiup-tiup tudung dengan mata yang  dijulingkan ke atas tu,Hana perasan ada beberapa orang pelajar masuk kat tandas tu.Seorang masuk bilik air sebeleh dan dua orang tengah tunggu kat ruangan tandas bahagian luar.Tengah betulkan tudung jugak kot kat depan cermin.And diaorang blah dulu sebelum sempat Hana keluar bersua muka dengan diaorang *hohoho gangster sangat ayat tu Hana! :P* Then guess what?!!!!
.
Sekeluarnya Hana dari jamban berkenaan,Hana tengok pintu utama tandas tu tertutup rapat.Ehh??! Apahal lak nak tutup-tutup ni! So Hana pun meluru lah kat pintu tu.Sekaliii.... ya Allah!!! Pesal diorang kunci ni?!!!! Ni kan awal pagi lagi?!!
.
But honestly mula-mula tu Hana tak ada lah penik mana.Hana punya riaksi dan emosi masih boleh dikawal dan agak tenang setenang air di lautan acewahh!! Hohoho.Sebabnya bila difikir secara rasional,Hana terkurung dalam tandas sekolah pada waktu pagi.Tandas tau! Bukannya stor ke apa.So kemungkinan untuk sesiapa pergi ke tandas itu amatlah tinggi.But... but... but.... bila Hana fikir balik.Tandas sekolah ada masaalah air dan semua pelajar sedia maklum tentang tu,lagi pulak,tandas tu tandas khas untuk pelajar form 6 sahaja which hanya digunakan oleh kuantiti pelajar yang sedikit.Tambah pulak masa tu adalah minggu exam.Pagi pulak tu! So pelajar-pelajar mestilah tengah fokus buat imbas semula untuk subjek paper pagi tu.Ya Allah!!! Memikirkan persoalan-persoalan tu buatkan jatung Hana rasa kelam kabut! Then mula lah Hana ketuk-ketuk pintu utama tandas tu sekuat hati.

Ketuk punya ketuk! Hampir lima minit tak ada respond pun dari sesiapa! Hana pun jeritlah macam orang hilang akal! " tolooooooooong!!! Toloooooong!!! " pun tak ada orang dengar! Seriously rasa macam nak nangis jaaa... Huhuhuhu kalau ikutkan memang tak tertampung dah air mata kat kelopak mata Hana masa tu,tapi boleh pulak Hana decided untuk tahan gara-gara nak selamatkan adunan bedak kat muka Hana dari disirami air mata.hahahah Bimbooooonyaa lah dak gangster ni :P 
.
.
Rasa-rasa macam dah bermenet Hana ketuk terajang pintu tandas tu tapi tak ada orang dengar pun! Ya Allah!! Mana semua warga sekolah ni?! Takkan tak ada orang lalu kawasan tu langsung! Kengkawan Hana?? Takkan tak sedar langsung yang Hana tak ada dalam kelas since habis perhimpunan tadi?!! Tengah dalam kekalutan tu baru pulak Hana sedar bunyi mesin rumput yang dari tadi lancang semacam.Ya Allahh!! Time-time cenni lah pak cik tukang kebun tu nak menebas rumput! Ya Allah... macam mana lah orang nak dengan S.O.S Hana ni!!! Mama!!!! Tolonggg!!! Huhuhu sis siap mempraktikan ilmu telepati bagai! Hahaha.
.
Setengah jam berlalu,Hana macam pasrah dah.Sebab kejap lagi nak exam! Soo mesti semua orang tengah ready dekat meja masing-masing dan tak terfikir langsung pun nak pegi tandas!!! Huhuhu nampak gayanya sampai ke waktu rehatlah Hana terpaksa bertapa dalam jamban tu! Huhuhu tu lah kau Hana! Mengada sangat nak pegi tandas waktu-waktu genting macam tu! Haihh Ni macam mana nak jawab paper ni?! T^T habis lah...
.
Apa-apa pun Hana still gunakan tenaga awal pagi Hana yang masih banyak bersisa tu walaupun tangan ni dah sakit tahap mashaalah tak boleh brain dah! Huhuhu sebaik tak roboh pintu kayu tu! Hahaha maklumlah masa penik macam tu terserlah habis ke'gangster'an Hana! Tak berbaki langsung pun! Hohohoho terajang! Tumbuk! Sepak! Semua jenis jurus Hana gunapakai :P
.
Alhamdulillah,berkat dari tidak putus asa Hana tu,suddenly I heard some voices from above which is obviously suara-suara classmate Hana.Sebab kelas Hana dengan tandas berdepan ja sebenarnya.Cuma kelas Hana tingkat dua.At the time Hana dengar macam diorang tengah penik berkejar ke bawah.But Hana tak rasa lega langsung sebab tak sure about it! So Hana keep on knocking dengan baki tenaga yang ada tu.And yah! Tak sampai seminit Hana dengar bunyik diorang bekerjar ke arah tandas untuk selamatkan Hana.
.
Fuh! Time tu Hana tak leh nak tahan langsung! Feeling like " Ya allah! Akhirnya dioarang sedar pun ketidakadaan Hana dalam kelas " then I finally cried dengan semahu-mahunya! Seriously dah tak kesah dah rupa sis ni macam kain buruk ke apa! Lajuuuu ja air mata mengalir memadamkan adunan bedak kat muka Hana hahahaha.
.
Masa diorang tolak pintu jamban tu... Hana terus terduduk.Hahaha entahlah! Apa ke lembek sangat budak Hana ni!! Cuba lah jadi besi sikit! Dah tu nangis kuat gila! Macam baby baru lahir!! Hahaha punyalah tak gangster!! Apa ni Hana?!!! Menjatuhkan martabat seorang brutel ja! Lepas tu acah tak larat nak berdiri sampai kena pimpin keluar dari tandas :P alahaiiii.... gediknyaaaaaaaaa.

.
Hahahaha memalukan betul lah! Kan ke dah viral satu institusi form 6 tu! Hashtag budak terkurung dalam tandas.Aduhai... sebaiklah kejadian berlaku hari khamis.So tempoh untuk viral tu jadi singkat ja! Since lepas hari jumaat tu cuti seminggu.Heheh tapi seriously terasa macam Insta famous pun ada bila viral selama dua hari tu.Kecam pun kecam! Malu pun malu! Mashaallah... yang tak boleh brain tu siap kena treat macam budak tadika! Hahaha Ya lah... kawan-kawan asyik bagi nasihat take care bagai kalau Hana nak ke mana-mana >_< Semua orang macam extra care gila dengan Hana :') entah lah nak rasa annoying ke terharu... hahhaha sis confuse! :P
.


Anyway! Selamat Menyambut Hari Raya Korban!!! :D  Kepada yang Puasa Arafah tu keep on fighting!!! ^_^ Bye!! Jumpa di lain entri,Inshaallah...

Sunday, 5 August 2018

Hectic Weeks



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Holla!!

Knock! knock! who's there? Hana is here!! hehehe >_< 
.
Whoaaaa this missing girl is finally here! phewww?!! :P
.
Ok lah Hana nak cepat ni.So tak nak mengarut lebih-lebih.Kang ada yang tekan butang X kat tepi tab tu :P hewhewhew.
.
So yah! Hana pegi mana 2 minggu ni? >_< heehehe sorry she's been busy lately.Bizai,penat,bad mood,tak ada life! HUH! banyak benda yang Hana nak cerita kat korang senarnya.Tapi tu lah,masa lapang limited edition sangat :P *acewahhh ye lah tu! 
.
Hehehe anyway start dari minggu ini,Hana dah busy dengan schedule yang berisi pada hujung minggu.Yesterday baru habis satu event which is Program Jejak Siswa untuk student form 6.Fuhh! boleh  tahan letih jugaklah bila program habis jam 3.30.T^T rasa macam baru balik dari Kem  3 hari dua malam >_< hehe but alhamdulillah,itu dah lepas.Then next week pulak Hana akan busy dengan amali Sains Sukan (Penganjuran Sukan).Nebes jugaklah mengenangkan part tu :P heheh lagi pun Hana ambik alih bahagian Futsal.>_< hmmm... never mind! Just go for it! And..... the next next day which is Isnin-nya pulak Hana akan menduduki exam mid semester 1.Huhuhuhuhu Mengenangkan itu pulak,haihh jangankan nebes... rasa macam nak patah balik pun ada! T^T  But it's ok! budak Hana tu,jaranglah mengalah sebelum berperang :P acewahh! hopefully so! 
.
Ok... memandangkan Hana akan busy for the next 2 weeks,sooo dengan ini Hana nak tinggalkan note lah kepada peng'skodeng setia blog bersawang Hana ni... Bubyeeee!!! don't miss me ok?! hahahaha guys? tak rasa nak sepak ke? :P hohoho reti pulak bagi ayat bimboo en? haih!! kata gangster?!! :P 
.
.
Sekian.... *nah simpan sorang satu "  <3 <3 <3 <3 <3 "


Btw,Hana dah ubah url blog ni atas sebab-sebab tertentu yang Hana tak boleh describe a.k.a it is something privacy to me.So... Inshaallah url baru ni akan digunakan untuk masa yang berpanjangan.Heheh and... sorry tak dapat blogwalking kaw-kaw... Hana cuma sempat balas komen yang dah berkurun tak terpublish tu ja.... :') Mr.STPM dah makin kejam lately T^T 





Sunday, 15 July 2018

Encourage the good deeds





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Bagi Hana berdakwah itu,adalah satu cara untuk kita berterima kasih atas segala rahmat free yang Allah bagi tak putus-putus.At the same time ia merupakan satu tanggungjawab.
.
.
Memikirkan perkara di atas membuatkan saraf otak Hana membina ayat tanya " Dah cukup banyak ke sumbangan Hana untuk agama Allah? " 
.
.
Ya,memang siapalah Hana nak suruh orang lain buat baik bila mana diri ini pun belum confirm boleh jadi sleeping beauty kat kubur nanti.But the fact is " membiarkan kemungkaran sedangkan kita tahu ianya salah akan menyebabkan diri kita terjebak sama disoal siasat di akhirat kelak." 

Apa Hana nak balas nanti? 'Saya malu nak tegur...'  'Saya takut kena kecam...'  'Saya malu nak berdakwah...'  ' Tak nak kena label bajet bagus  '

Ok fine! jawapan boleh diterima pakai.Tapi kena sanggup lah dapat habuan sekali dekat sana nanti ya! ^^ hohohoho T^T
.
.
Berdakwah itu tanggungjawab setiap individu muslim.Tak perlu jadi ustazah,tak perlu jadi mufti,tak perlu masuk Pencetus Ummah... tapi bila kita bergelar individu muslim yang mumayiz dan bukan golongan ' setengah tiang ' maka wajiblah kita menegah kemungkaran di sekeliling! Dan mengajak kepada kebaikan.
.

Dan menegur tu pun kena lah berpada-pada kan?! ^^ Bukan berlandaskan sifat riak,membuka aib dan melebih-lebih sampai terbagi hadis palsu or hujah tak kena tempat.But cukuplah berbekalkan ilmu kita yang sedia ada itu.^^ alah paling cikai update status " Jom solat! " "Jom zikir! " " Al-Mulk jom! " Simple kan?! tak perlu jadi netizen bawang pun hahahah.
.
.
Psst! Tak apalah kalau dapat gelaran bajet bagus pun,janji kita dah jalankan tanggungjawab.Tak apalah kalau ada sekelumit rasa riak wujud pun.Tak apa.^^ Kita bukan Nabi.Kita cumalah manusia biasa yang mudah tewas dengan dugaan.Tak apa.Buat ja! Lama-lama hilanglah rasa riak tu.At least awak tak dengar cakap syaitoon yang asyik bisik " Tak yalah berdakwah!! nanti riak! " 
haihh... :( Nak ke kalah dengan syaiton tu? 

Remember that pokok panggal berdakwah adalah untuk tolong agama Allah.Kalau kita bepegang kepada niat yang satu itu,percayalah... rasa ikhlas itu akan hadir dengan sendirinya.^^ 
.
- K.Bye! Nak sambung buat assignment jap! Mr.Stpm tengah memangil-manggil tu :P 

Saturday, 7 July 2018

I am a Fighter!!






بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!

.
Fuhh! 2 minggu tak update! patutlah sendu semacam ja PV blog ni >_< alhamdulillah,Hana ada ja ni.Tengah bizai pikir masa depan dengan Mr.STPM :3 hehehe
.
So what had I through for the past 2 weeks?
.
Honestly,I've been busy with  endless duty as a human.You know,duty as a daughter,student and a sister to Aliya Zulaikha :3
.
Hah! Tu lah pasai dia blog terbengkalai.Hohoho besalah.Pompuan.Kat sekolah kena struggle kat umah pon kena struggle jugak :P hewhewhew.*acewahh! Acah anak pompuan mithali pulak dah! Kaki nak kaki? Hohoho :P
.
Honestly,since habis cuti raya tu,Hana lalui hidup yang dipenuhi dengan ke'struggle'an yang tak dijangka.Emosi pun mudah terganggu dalam masa yang sama.Asyik rasa nak nangis ja... sometimes terpakasa cari bahan untuk force a laugh supaya dapat stabilize mood yang asyik down tak sudah-sudah.Entah lah kenapa?? sehari tak rasa down macam tak sah! :'( It makes me tend to feel empty!.:') 
.
And everyday feels like a battle... Hari-hari yang dipenuhi dengan ayat " You Can and You Will!!! "   " Kau kuat! "   " lantaklah! Redah ja! "  yang Hana lontarkan extremely loud dalam hati for every single tough moments.Hari-hari yang dilalui dengan sesi menjerit lepas geram dekat bilik tidur.Hari-hari yang diisi dengan bahan-bahan motivasi buat penguat diri.:') Dan... air mata kalau tak tumpah dalam satu2 hari tu,dah dikira satu miracle buat diri yang suka acah gangster ni! And feeling like budak Hana tu dah memaktubkan diri dia dalam lagu 'fight song!' setiap kali dia rasa nak give up.
.
You know what? ^^
.
She learn that she's strong... and capable!
.
Yes she is!! :') Sejak dua menjak ni Hana belajar untuk kuat kerana Allah... walaupun hakikatnya 'it's easy to say and hard to be proved' but she's trying!  :') Hana cuba untuk kuat sebab  dia tau,yang dunia ini neraka untuk orang beriman dan syurga buat orang kafir...
Jadi dia pilih untuk redha dan kuat hadap halangan demi halangan yang tak berkesudahan tu... She knew it's just a temporary pain.And at the end,it's gonna worth it! YES it is! ^^
.
Ujian jika dilalui dengan rasa redha dan tabah,akan menjadi asbab untuk Allah hapus dosa-dosa kita.... dan dengan ujian juga,kita akan terdorong untuk dekat dengan Allah.Just in case kalau kita sedar,yang Allah uji sebab sayang.Instead,kalau kita anggap ianya beban,maka makin jauh lah kita dengan sang Pencipta.kan? Kan? :')
.
So yah.I choose to stand firm! Because that's the only choice I have when I don't wanna lose again!
.
Sekian sesi luahan perasaan dari Hana yang dibuli teruk oleh Mr.STPM.hahah hamboi! Bunyik macam kejam sangatlah Mr.STPM tu ya... :P hehe tak lah jugak.Just it's quite hard when you dream to get 4.00 and at the same time you face some other problem that you choose to settle it by your own.T^T huhuhu besar masaklah Hana ni senarnya... tak apalah! Hana kan gangster! :P heheh :')
.

Sorry lah,kalau Hana selalu lambat balas komen visitors blog Hana yang baik hati tu .^^ Tapi seriously masa lapang Hana sangatlah limited edition.Hehehe so harap memahami lah ya ^_^


Saturday, 23 June 2018

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!
.

Pada sisa-sisa akhir cuti Raya dan dikala diri dibelenggu dengan homework a.k.a assignment yang tak siap-siap lagi,Hana menyempatkan diri untuk join segment dari kakak blogger yang super famous which is,.... *korang tau sendiri lah kan? hehehe >_<
.
So seperti biasa sila lah klik banner tertera untuk menjoinkan diri! ^^


Honest review from budak gangster Hana 


Apa yang Hana suka tentang blog kak Sayidah ialah... kuantiti entri yang mak aihhh!!! mashaallah punya level rajin hahha.Hana tabik lah kat blogger yang sebulan update berpuluh entri ni.Seriously tak boleh brain acanner sel2 otak mereka berhubung sehingga boleh menghasilkan entri lebih dari level 'suam-suam kuku'.Pada Hana,kak Sayidah level blogger brilliant dalam menghasilkan entri.heeee :D sis puji bukan sebab nak menang cash Rm 10 hinggit tu tau! hahah >_< pujian ikhlas tak ada cela unsur-unsur materialistik!! *hamboi!!  >_< hehe Plus,Hana suka jugak dengan Header blog kak Sayidah yang sedap mata memandang tu ^^ masuk-masuk ja tenang hati tengok colour favourite sis! :*eh? eh? tak ada ayat yang lagi gedik dari ni ke? hahaha mohon jangan rasa semak ya para reader sekalian! >_< Ok! kita turn bab "kurang suka" pulak.Sooo,yah! Hana cuba bagi komen tanpa menyakitkan hati kak Sayidah ok?! Hm... acaner nak cakap erk? T^T ok lah,apa yang Hana kurang suka dengan blog kak Sayidah ialah kat ruangan bloglist tu... T^T scroll punya scroll... eh? memang tak tak ada blog Hana erk dalam tu?! *hahaha ni lawak zaman bila ni :P saja mintak disepak lah tu >_< Ok fine... sis memang fail bab "membawang" pasal blog orang ni sebab Hana punya blog pun ada ja unsur menyemakkan mata kengkorang en? haha btw, to be honest Hana kurang suka dengan blog yang penuh dengan iklan ^^ tapi kak Sayidah jangan terasa pulak tau! Sebab budak Hana ni sennarnya jeles ja tu sebab blog dia tak layak google adsense lagi hahaha T^T ok sekian... 

-Love you kak Sayidah,jangan terasa dengan kesengetan Hana ni ya?! heeeeeeeee :D 


Tuesday, 19 June 2018

Mat Ri Ye!!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Holla!
.
Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni,Hana nak ucapkan Mat Ri Ye!!! Af Ir Tin,da ca log Na .hahaha :P ucapan ikhlas daripada Uchux Raver *Pepandai lah translate sendiri ya :P hehe Btw,jangan tanya mana oh oh tee dee,family raya photo,bomereng dan seangkatannya tu tau! family Hana tak sporting macam family korang T^T









Dan jangan takleh brain pulak bila ini ja yang sempat di'snap walaupun dengan tak berapa jayanya... :') huhuuhu lupa nak tarik nafas masa acah2 candid kat gambar first tu hahaha so hopefully tak ada bonjolan dapat dikenalpasti kat mana-mana lah ya >_< hehe  
.
.
Sekian... Dah boleh gi sambung acara pengeboman depan rumah masing-masing hahaha :P Btw,komen siket baju raya korang colour apa? Mana lah tau sedondon dengan Hana.~ Aciaaa! >_<


Kepada yang sudi invite Hana untuk join segment tu,nanti Hana join ya!! ^^ Sekarang ni tengah dalam mood World cup :P hahah taklah,busy siapkan homework sebenarnya T^T