Friday, 25 September 2020

FridayHana #5


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

p/s : Entry ini ditujukan khas buat awak-awak yang ada haters bertempek-tempek hahahaha :P 

Don't prove you're right, prove you're Sabar 

Apa definisi manusia toxic bagi korang? 

Hmmm… “Annoying... Renungan tajam kalah padang... Waduh pokoknya menyebelin banget tuh!” hahahaha lahh senetron pulak! But overall bagi Hana lah kan, manusia toxic ialah spesis yang jiwa dia tak tenteram bila tengok kita happy. Rasanya kalau kita jatuh tersungkur itu adalah detik-detik kebahagian bagi dia. Wahwahwah dramatic bethol!

Dan persoalannya… adakah kita pernah jadi manusia toxic dalam hidup orang lain? 

Well…

Hana selalu percaya… orang takkan sakitkan hati kita saja-saja. Sebab mungkin kita tak sedar… kita pun pernah sakitkan hati sesiapa selama ini. Jadi bila Allah hantar seseorang yang menyakitkan hati kita, anggaplah itu adalah keadilan dari Allah. 

Ya…

Dikhianati… difitnah… diburuk-burukkan… diperlekehkan… memang sakit. Sakit yang akan tinggalkan luka dekat hati kita… Sakit yang sudah pasti akan create bad memory  dalam hidup kita…

Tapi sesakit mana pun ujian itu… tolong jangan tau! :')  tolong jangan kotorkan hati kita dengan sikap membenci… Jangan.

Cukuplah dia seorang sahaja yang tak tenang membenci kita. Tugas kita cuma... "Kill them with kindness!!" wahwahwah :P

Tau tak?

Rasulullah ajar, "tawanlah seseorang itu dengan akhlak". 

Sebab jika negative dibalas dengan negative, result dia akan jadi keruh *aduhhh formula sains mana ko guna ni? wahwahwah :P* But the fact is, Rasulullah mampu buat musuh baginda jatuh cinta terhadap Islam hanya dengan cara menunjukkan akhlak yang baik. 

Mungkin akan ambil masa sikit... tapi percayalah, lama-kelamaan nanti manusia toxic tu akan penat sendiri bila kita terus menerus berikan positive response terhadap setiap kezaliman mereka kepada kita. *wuish bukan kaleng-kaleng guna perkataan 'kezaliman' hahahaha*. 

Dan dalam proses itu, sudah semestinya kita yang akan terseksa dengan dahsyatnya! hahaha. Tapi tak apalah, anggaplah manusia toxic berkenaan sebagai seseorang yang melatih sikap sabar dalam diri kita. Alahh... macam cara Saidina Ali :3. Hehee senang cakap, label-kan sahaja mereka sebagai guru sabar dalam hidup kita. 

Ya...

Hakikatnya memang tak mudah nak motivate diri dan lari dari kesakitan sebuah ujian. Tapi percayalah sakit di dunia tak akan lama jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Jadi pilihlah sabar…

Pilihlah sabar dan yakinlah...

Yang sabar yang akan dapat pandangan redha dari Allah…

Yang sabar yang akan tenang-tenang sahaja…

Yang sabar yang akan dapat kekuatan hati yang luar biasa…

Dan yang paling sabar yang akan MENANG *mungkin bukan kat dunia, tapi di akhirat"

Sebagaimana yang Allah khabarkan dalam al-Quran...

Setiap kebaikan yang kita ikhlaskan di dunia akan dibalas baik dengan berganda-ganda di akhirat nanti. 

Then pernah tak kita soal diri kita… “kebaikan aku yang manakah yang akan dibalas oleh Allah nanti?”

Jadi… saat awak diuji dengan sakitnyaaa, pujuklah diri dan cakap “kebaikan yang akan Allah balas nanti ialah kebaikan atas kesanggupan untuk redha dan sabar dengan ujian Allah.

Korang!! there will be one more entry left to be uploaded before I continue my study soon. Ngeeeee I'm kinda excited and nervous at the same time. For now, my current preparation is... tengah gigih kumpul 'punch line' best2 untuk hiburkan bakal roommate nanti HAHA *siapa percaya dia comel ngeheheh :P*. Anyway... Huaaaaaaaaa can't wait to finally end my 'menganggur journey'. Okay itu je nak dikecohkan hahahah >_<


p/s : Btw hari ni birthday adik Hana (yang bakal sunat tak lama lagi HAHA) so ada sape-sape nak tolong wish-kan tak? hahahaha Hana selaku kakak yang tak kerja lagi ni mampu bungkus cloud9 je lah :3 ngeehhh!!

Wednesday, 16 September 2020

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hollaaaaa!!

I'm joining another segment... :) The rules are simple so I guess you guys should join too. 
Oh ya, to not make this entry seems so short, let's comment about the banner. Wuuuuuuu ada flowers lah... hahah so cuteee kan korang kan? :3
.
Ok dah, jangan lupa join tau! ^_^


Monday, 14 September 2020

Lovely Fellow's @Aienienka



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Hollaaa!!
.

Hana support segment kak Aien. Jom support sekali! ;) 
Macam biasa, boleh klik banner comel atas ni untuk keterangan lanjut okay?! 


Thursday, 10 September 2020

Motivation Words #13


Image result for cute alone animation bunny

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


You're not alone

Kalau awak rasa awak tak ada someone untuk awak panggil 'kawan' 

Don't worry, you're not alone
.
Mereka mungkin ramai kawan. Tapi awak tak tahu, yang ramai itu kawan bergelak ketawa. Kawan masa susah? Bilangannya boleh dikira dengan jari. Dan siapa tahu kalau mereka yang punya ramai kawan itu juga pernah melalui situasi "people come and go"
.
Dan awak mungkin rasa awak tak cukup bagus!
.
Don't worry, you're not alone
.
Awak tak tahu, betapa orang-orang yang awak lihat "cukup bagus" dalam dunia ini, juga sebenarnya ada kekurangan yang tersembunyi. Seberapa pandai pun mereka, seberapa cantik pun mereka, seberapa talented pun mereka... percayalah... sempurna bukan sifat manusia. 

And even kalau awak rasa hidup awak penuh dengan dugaan...

I'm here telling you that... you're not alone! :')
.
Sebab orang-orang yang awak lihat sedang bahagia sekarang, mungkin adalah orang-orang yang juga pernah diuji dengan dahsyatnya. Mereka juga pernah mengalami apa yang awak alami. Cuma saat ini, adalah saat di mana kesabaran mereka dibalas baik oleh Allah. 
.
.
Bagi Hana, semua orang ada struggle hidup tersendiri. Yang membezakan adalah sama ada kita pilih untuk tunjuk atau pendam.

Jadi jangan terlalu risau, kalau hidup awak tak sempurna.

Sebab semua orang memiliki hidup yang tak sempurna. Well, kita berada di dunia. Bukan syurga..:') Jadi percayalah... 

You're actually not alone
Hana tengah alone ke tu?! Ngeee >_< alhamdulillah... TAK hahahaha. Instead, Hana thankful sangat-sangat sebab buat masa sekarang ni hidup Hana ok-ok jaa... walaupun tersangatlah sederHana ngehehe. But... :') I ever be in lose situation.  Being betrayed, rasa hilang diri sendiri, hilang motivasi dan... dipatahduakan oleh orang-orang yang.... :') I never thought willing to do so. Yes I am... I went through those pains in the past. The moments where I feel completely alone, suffocated, hovering, drawn, dimmed down... Nazak...  hah yang last tu melampau! hahahaha. So yah, I'm writing this just to remind my future-unmotivated self that everyone has their own struggles. And I'm posting this to make you believe it too. ^_~

Thursday, 3 September 2020

Me and my dream


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Dream is my favourite words, what's yours?

Sejak kecil lagi Hana dah set impian Hana cun-cun >_< kononnya bila besar nanti nak jadi cikgu tadika hahaha. Hana still ingat lagi masa sekolah rendah Hana pernah buat determination list Hana tentang future. Hana letak elok-elok cita-cita Hana yang kononnya nak jadi cikgu tadika tu hahah. Ayah Hana siap terbaca lagi apa yang Hana tulis tu. You know what he said? "Lahh kenapa nak jadi cikgu tadika ja. Besarkan sikitlah cita-cita tu. Jadi guru besar ke? “ lebih kurang macam tu lah... :')

Tau tak kenapa Hana nak sangat jadi cikgu? 

Well...

Everyone love to treat me like a little child. Even as a grown up, I always being bullied by my two little brothers hahah. That’s why, I thought being a teacher is a best escape for me to finally get treated properly. Hahaha for once in a life, I want to have a career that put me in right treated as an adult. And... the other reason is because I have an ability to blend in easily with kids. Hahaha well, like my Mom used to said 'even me myself look like them' :').

Jadi memandangkan cita-cita Hana nak jadi cikgu, Hana pun targetlah siap-siap kononnya lepas SPM nak masuk IPG. Hana punya semangat tu kan siap dah plan nak prektis interview bagai hahahaha *you got me right?  :'3*

Dan malangnya… belum sempat kena panggil interview bagai, tak pass pulak bab result hahahah *yang ni part paling win! kelakar dia :P* Ada budak tu siap acah depress bagai sebab result tak capai target hahaha. Siapa-siapa yang pernah terjebak baca blog Hana dalam tahun 2018 mesti korang tau skala berapa tahap meroyan Hana masa tu kan? Hahahah Mashaallah small-small don’t want to die big-big trouble people!

Tapi Hana tak putus asa macam tu ja. Biasalah budak degil mana pernah putus asa hahaha. Then Hana pun masuk lah form 6… dengan harapan lepas habis stpm boleh sambung dalam bidang perguruan. Tapi tu lah… apakan daya… :') sejarah lalu berulang kembali hahahaha. Dan kali ni bukan sangkut bab result tapi sangkut kat Medsi hahah. But Alhamdulillah sebab kali ni Hana berjaya untuk tidak meroyan hahahah. Somehow… somehow kegagalan kali ini Hana rasa vibe dia different sangat. Macam dah imun sangatlah dengan bendaalah gagal-gagal tu hahaha. Okay gurau! Tipulah kalau kata tak kecewa. Tapi sejujur-jujur-jujurnya Hana sedih tak makan masa berhari-hari. Macam yang Hana luah dekat previous entry Hana, it tooks only few minutes for to accept the reality. Alhamdulillah… I guess because Hana doa untuk lulus medsi sungguh-sungguh dekat Allah, then the moment my prayer got refused, Allah gantikan ia dengan sebuah kelapangan hati untuk terima ketentuan takdir.

Dan sekarang, Hana berada dalam haluan yang Allah takdirkan untuk Hana berada. Bukan bidang perguruan, bukan juga bidang penulisan *which is my second dream* tapi dalam bidang sosial sains. Hana tau Hana tak minat bidang tu, tapi untuk kali ini Hana nak belajar untuk “let it be”. Hana nak belajar untuk terima takdir yang Allah dah susun elok-elok untuk hidup Hana.

Hana mungkin nak jadi cikgu, tapi Allah lebih tahu kemampuan Hana. Allah tahu apa yang lebih sesuai untuk Hana. Sebab jadi cikgu bukan tugas yang ringan. Mendidik murid itu satu amanah… amanah yang akan disoal di akhirat kelak. Dan Hana mula sedar… peribadi Hana memang tak selari dengan peribadi seorang guru. *Well no wonder lah gagal medsi hahahaha*

Tapi kan… Hana selalu percaya…

“Just because it hasn't happened yet, doesn't means it is not going to happen

Tak dapat follow cita-cita Hana sekarang, tak memaksudkan cita-cita Hana takkan mampu tercapai langsung. Well, siapa tahu kalau suatu hari nanti Allah rezekikan Hana untuk jadi cikgu… mungkin bukan cikgu kat sekolah tapi cikgu kat rumah *hmmmmmm mendalam maksud dia tu hahahahaha* Allahuakbar ada sesiapa nak baling laptop keeeeeee? hahaha :P

Ok itu jeee nak cerita. Hehe actually sementara menghitung hari sebelum masuk belajar awal bulan 10 ni, Hana nak cuba untuk rajinkan diri update satu dua entry. Sebab bila dah busy nanti confirm blog ni akan terbengkalai terok. Lagi pun kan, ada budak tu masa awal tahun kemain berazam nak update 100 entry a year hahaha. Alahai nampaknya blog ni kena ting tong lagi wahwahwah >w<

To you who is reading this, I hope someday your dreams finally come true ~

Friday, 21 August 2020

FridayHana #4


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Wah wah wah ada blogger terlajak absent nampak hahah. Tau tau je dah masuk pertengahan bulan August. Alhamdulillah still wujud lagi ni ha… hehe. Straight to the point, content entry ni agak sendu dan serious sikit… So makesure korang baca sambil play instrumental sedih-sedih tau hahaha. Ok dah, jemput scroll down :)

Tentang Ujian

Setiap hari Allah hadirkan ujian-ujian kecil untuk kita hadap

Cuma…

Ujian-ujian kecil tersebut belum cukup kukuh untuk tarik kita lebih dekat dengan Allah.

Sebab itulah akan ada satu-satu masa Allah hantar ujian yang lebih besar daripada yang kita biasa tempuh. Dan ujian itu sudah tentu akan buat kita rasa “jatuh” right at the moment. Mungkin sehari dua… berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan dan atau mungkin ada yang ditakdirkan untuk hadap ujian tersebut sehingga akhir hayat mereka.

Mengeluh, sakit hati, dan tak redha takkan dapat beri kita kekuatan untuk get through ujian itu. Sebaliknya apa yang kita dapat ialah jiwa yang bertambah-tambah letih dan penat.

Tak semua orang mampu untuk hadam bahawa “ujian adalah satu hadiah yang Allah beri istimewa untuk kita”

Sama konsep dengan “nikmat”

Cuma bezanya, bila Allah kirimkan nikmat… sekejap je kita rasa syukur… tapi bila Allah turunkan ujian cepat sangat kita nak mengeluh *Kan Hana kan? :P* 

Hanya jika kita belajar faham Allah, mungkin kita akan sentiasa bersyukur bila diuji... 

Syukur sebab…

Sebab dalam ramai-ramai manusia… Allah pilih untuk pandang kita

Allah pilih kita untuk dapat pahala sabar

Allah pilih kita untuk dapat pahala memaafkan

Allah pilih kita untuk dapat pahala redha

Dalam masa yang sama… Allah ajar kita macam-macam lessons melalui ujian tersebut

Dan yang paling wowwwww… setiap kali kita rasa sakit hadap ujian tersebut… Allah gugurkan dosa-dosa kita.

Jadi jangan terlalu rasa terbeban bila diuji, tapi sedarlah betapa Allah sedang pandang kita.

Allah sedang pandang kita dan tunggu kita mengadu pada DIA.

Bukan kah ia satu kebahagian bilamana Allah ambil tahu dan peduli tentang kita? :')

Ya…

Ujian tanda Allah peduli.

Sebab jika kita diberi nikmat-nikmat-nikmat dan nikmat… kita akan lupa cara untuk meluah sungguh-sungguh atas tikar sejadah… menangis dalam doa… dan menginsafi apa yang patut kita insafi. Detik-detik tersebut adalah detik-detik terindah antara kita dengan Allah. Kan? :')

Dan semakin cepat kita redha atas ujian tersebut… semakin cepat Allah akan tunjuk bungkusan “hikmah” di sebalik ujian tersebut

It’s either makes us stronger… or Allah will replace the hard time with something beautiful.

Dan boleh jadi ujian itu adalah asbab yang mengukuhkan lagi pergantungan kita kepada Allah.

Akhir kata, dunia memang tempat ujian… jadi didiklah jiwa dan hati untuk perbanyakkan redha dan sabar. Moga-moga dengan “redha dan sabarnya seseorang itu di dunia” Allah beri dia nikmat untuk "berehat di syurga nanti".


Firman Allah : Sesungguhnya hanya orang-orang yang sabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan – Surah az-Zumar ayat 10.


Selasa lepas Hana dah dapat result UPU (huhh sebak nak cakap). Korang… kalau Hana ada salah apa-apa selama ni maafkan Hana ya. Sebab… errrr macam mana nak explain ye... errrr sebab… Hana dapat sambung study!! Alhamdulillah… hahaha suspend taraa tu?! :P Cer teka Hana dapat kat mana. Hehe I was hoping for “Penulisan Kreatif” tapi Allah rezekikan Hana untuk dapat course “Sains Sosial”. Alhamdulillah… tiba-tiba teringat kata-kata ustaz Hana Kita merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya..

 

P/S : Buat kawan-kawan seperjuangan Hana yang tengah buat rayuan upu, Hana doakan semoga urusan korang dipermudahkan. Jangan give up berdoa tau! ;) :) :3

Thursday, 25 June 2020

Motivation Words #12

Image result for cute positive gif quotes

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Life isn't a fairytale. But, do you believe in a happy ending?

Semakin Hana dewasa, semakin banyak realiti hidup yang Hana kena terima.

Semakin Hana kenal dunia semakin banyak perkara yang perlu Hana redha dan let go.

Sejujurnya, Hana seorang yang cepat sangat rasa down... tapi dalam masa yang sama, Hana tak suka biarkan diri Hana down lama-lama.

Sebab semakin demi semakin, Hana dah mula faham istilah life is temporary.

Well... :')

Hana nak akhiri hidup Hana dengan happy ending!
.
Kalau Hana sedih hari ini, Hana dah letakkan risiko untuk hidup Hana berakhir dengan sad ending
.
Kalau Hana putus asa hari ini, Hana akan risikokan pengakhiran hidup Hana dengan pengakhiran yang tak mengembirakan.
.
Hana tak nak hidup sia-sia.

Jadi walau apapun realiti hidup yang Hana tengah hadap... Hana akan cuba... 
Cuba untuk tak patah semangat terlalu lama. Sebab... Hana tak nak putus asa untuk sebuah Happy Ending!

Be strong! Don't forget how gangster you are!

Hana gagal ujian Medsi. My biggest mission after Stpm. Hana ingat Hana akan down gila-gila. Surprisingly I'm a lot more stronger than I expected haha. Even though, sakit jugaklah masa dapat tau result tu. Sebab Hana tau Hana dah cuba yang terbaik. Tapi tu lah... bila Allah kata bukan rezeki, apa hak Hana nak cakap Hana tetap nak jugak? :') Thankfully, Allah pinjamkan kekuatan untuk Hana let go something yang Hana "been praying for". And to Mom... Dad... and everyone who prayed for me, sorry that I can't make it. I promise someday I will finally make you proud :'). Even though for now, I'm still clueless about... "what's next" but... it's all about the climb right?
p/s : I know I'm bad at "letting go". But during this another moment of failure, I'm not pretending. I am really Okay. Somehow it took only few minutes for me to 'redha' the result. Ngeeeee Jeongmal Gwenchana. Chinca! Chinca! Chinca! Chincayoooo! :P

Wednesday, 27 May 2020

Hashtag Raya Rumah



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Happy Eid, musleem :)


Wahh dah raya erk? hahaha means sebulan jugaklah Hana tak update new entry. Fuh ingatkan nak lenyap lagi lama. Biasalah kan? tak busy buat-buat busy hahaha. Btw, sorry sangat-sangat kepada yang tinggalkan komen sejak bulan lepas Hana tak publish2 tu... heee :D I just don't feel like blogging during that period of time. Tak ada specific reason. Cuma tak ada mood ja... Hmmm banyak betul koner-koner, letak perkataan 'malas' ja kan senang! kahkahkah. But I'm so sorry guys. I never meant to ignore each of your comments. I was just taking some rest from this blogging world. Jeongmal mianheeee. :'). There I go... being so dramatic even though no one actually care hahaha.
.
But here I am, wishing all of my musleem readers Selamat Hari Raya!! Wah, sampai tak vibe tu? Hahaha sis yang tengah typing ni pun tak berperasaan nak wish.
.
Raya tahun ni raya paling sendu seumur hidup Hana. Hahaha last year sendu jugak, tapi raya tahun ni lain macam sikit dia punya level sendu hahaha. Raya paling tak berperasaan, to be honest. But syukurlah tak ada tetamu sangat. Ngam timing sis nak mengelak dari kena bawang pasal result stp. Hahaha
.
So setakat ni korang beraya kat mana ja? Hana alhamdulillah... setiap bilik Hana dah singgah. Especially bilik sendiri lah paling kerap Hana gi beraya. Kemain meriah lagi hidang kuih muih atas katil. Hahaha okay gurau. Sorry lah sejak-sejak pkp ni tak waras sikit! Hmmmmm :") Ok lah... tak waras banyak sebenarnyaaa hahaha.
.
Haihhh tak tau nak sumbat topik apa lagi, so rasanya itu sahaja yang Hana menyempat nak update... Again, Selamat Hari Raya! Semua Orang ^_^
.
~ Kalkeyo.

Thursday, 23 April 2020

Happy Fasting Musleem :)



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Wah sedar tak sedar esok dah start bulan Ramadan! Oh yeahh!! My favourite month among all. Hehehe I hope we all share the same excitement right at this moment  ^_~ Are we?
.
Ngeeee tau tak apa yang best masa bulan puasa ni bagi Hana? Well, sinki kosong pada waktu siang dan adik-adik Hana tak ada tenaga nak sepahkan rumah hahahahahaha. Perghhh rumah tak semak tu kira macam satu rahmat kalau kat rumah Hana hahahaha :P 
Tapi tu lah, puasa tahun ni agak lain sikit compare to the past years. Huaaaaa T^T kalau lah kita tahu puasa tahun ni sebegini rupa, mungkin last year tak ada yang tergamak nak ponteng tarawih kat masjid kan? :') Well, pabila Hana sindir diri sendiri hahahahah. 
.
Tak apa, tahun ni tarawih kat rumah je lah ya? hehe lepastu moreh pun buat sendiri gak baru feeling! hahahah. 
.
Harapan Hana untuk puasa tahun ni, sama macam last year punya harapan hehe 
which is... mintak-mintaklah tahun ni dapat puasa penuh hahahaha tinggi betul angan-angan :P Well, rasanya tak salah nak berharap kan? kan? :')

.
Apa-apa pun Hana nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia. (hamboi acah macam satu dunia baca blog dia hahaha) But yah, kalau awak muslim dan awak singgah blog sendu Hana then,  Selamat berpuasa!! ^_^ 

.
I guess that's all from me. Mintak ampun dari atas header sampai ke bottom blog kalau ada salah hehe. Biasalah lumrah jadi manusia mestilah ada buat salah kan? kan?  >_< So yah! jumpa dekat next entry yang entah bila ada mood nak post hahah. Well, I have a feeling yang blog ni akan terbiar dalam jangka waktu yang lama huhuhu. Harap-harap tak sampai tumbuh hutan tropika lah ya... ngehehe

.
Ok bubyeeeee!! ^_^
Addition : I got told that solat tarawih kat rumah tak susah. Buat macam solat fardhu biasa ja sebenarnya. So to those yang rasa terbeban nak tarawih kat rumah, don't worry... sebarang selawat, doa dan zikir antara rakaat tak wajib pun. Buat ja 2'2 rakaat macam biasa. Untuk keterangan lanjut sila refer Pak cik Google ya! :)

Monday, 13 April 2020

Tarikh Penting UPU 2020

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Beberapa hari lepas, Cikgu kesayangan Hana ada share info pasal UPU. Jadi, dengan itu Hana rasa rajin nak forward dekat follower blog Hana. :) Manalah tau, in case korang perlukan info ni ke? Ngehehe even though you can actually search it by yourself through Google. Tapi tu lah, kalau korang refer Pak cik Google, memang TAK lah entry Hana ni terpapar dekat first page. Hahaha even last page pun belum tentu sudi nak papar blog tak matang Hana ni :P *Hamboi sarkastik level 99* hahaha
.
So here is the poster that my teacher sent through whatsapp group...  (Sorry lah bagi gambar kabur ngehehe)


Buat masa ni, that is the valid date of UPU application. But who knows akan ada perubahan according to the current circumstance. 
.
Plus, alang-alang dah ter'share pasal UPU ni, Hana nak storytelling sikit pasal topik masuk U ni :).
.
Pertama sekali, Hana faham ramai dari kalangan pemohon UPU especially SPM and STPM leavers, yang rasa down due to the current situation. Hehehe ya lah, baru ja excited nak start University life tiba-tiba corona masuk line hahahaha. Lagi-lagi to those yang dah plan nak collect duit before sambung study tu. Haihhh... tabahlah duhai hati. Hahahah :')
.
But dalam hal ini, perkara yang patut kita syukuri adalah, kita tak perlu nak rasa stress macam student2 yang tengah dalam semester. You know, diaorang hadap macam-macam struggle yang mana dalam situasi tersebut kita hanya perlu relax dan stay at home dengan tenang. :') Ada yang stress tak boleh adapt dengan online classes, ada yang pasrah kena tangguh sem, and of course ada yang still tersadai dekat kolej masing-masing. Huhuhu :') salah seorangnya kakak Hana lah hahahaha :P (Sajalah nak bubuh 'hahaha' banyak-banyak biar nanti bila dia balik rumah kitaorang boleh lanjutkan perang dunia ketiga) hahahahaha tuuu diaaa hashtag adik derhaka! 
.
Berbalik kepada topik UPU, Hana nak share sikit apa yang Hana apply dalam permohonan Hana. Ngeeee >_< Pilihan satu dan dua Hana apply bidang pendidikan which akan ada ujian dan temuduga khusus (Medsi). Dan mostly yang lain Hana banyak apply bidang penulisan dekat Uitm. Hehe nampak tak betapa stay stick-nya Hana dengan cita-cita Hana? Well, I'm planning to be a teacher and a part time novelist in the future. So there we go! ^_^ But permohonan lulus atau tak, Hana dah redha siap-siap! hahah.  Sebab Hana dah letak effort dah, tinggal lagi nak kena doa banyak-banyak dan tawakal ja...  Senang cakap I put 100% of my trust to Allah :')
.
Apa-apa pun buat semua yang tengah tunggu result UPU, I'm wishing you the best of luck! May we all get chosen to be in our dream university. :') Walaupun hakikatnya apa yang kita harapkan selalunya adalah sesuatu yang kita takkan dapat. Hahahah macam biasa lah kan? :P  Then that's why, kena banyak-banyakkan doa. Hopefully apa yang kita naaaaak sangat tu, Allah permudahkan. Aaamiin.
.
So good luck guys! ^_~
Dengar-dengar RMO kena extend... What I can say is tabahlah para surirumah sedunia. :P hahahahaha. Jangan lupa banyak-banyakkan istigfar bila singgah ruang tamu, depan TV, bilik tidur... oh ya dan jugak bilik mandi. Hahahaha. Tak apa bulan puasa nanti redalah tsunami tu semua. Hahaha >_<