Thursday, 23 April 2020

Happy Fasting Musleem :)



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Wah sedar tak sedar esok dah start bulan Ramadan! Oh yeahh!! My favourite month among all. Hehehe I hope we all share the same excitement right at this moment  ^_~ Are we?
.
Ngeeee tau tak apa yang best masa bulan puasa ni bagi Hana? Well, sinki kosong pada waktu siang dan adik-adik Hana tak ada tenaga nak sepahkan rumah hahahahahaha. Perghhh rumah tak semak tu kira macam satu rahmat kalau kat rumah Hana hahahaha :P 
Tapi tu lah, puasa tahun ni agak lain sikit compare to the past years. Huaaaaa T^T kalau lah kita tahu puasa tahun ni sebegini rupa, mungkin last year tak ada yang tergamak nak ponteng tarawih kat masjid kan? :') Well, pabila Hana sindir diri sendiri hahahahah. 
.
Tak apa, tahun ni tarawih kat rumah je lah ya? hehe lepastu moreh pun buat sendiri gak baru feeling! hahahah. 
.
Harapan Hana untuk puasa tahun ni, sama macam last year punya harapan hehe 
which is... mintak-mintaklah tahun ni dapat puasa penuh hahahaha tinggi betul angan-angan :P Well, rasanya tak salah nak berharap kan? kan? :')

.
Apa-apa pun Hana nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia. (hamboi acah macam satu dunia baca blog dia hahaha) But yah, kalau awak muslim dan awak singgah blog sendu Hana then,  Selamat berpuasa!! ^_^ 

.
I guess that's all from me. Mintak ampun dari atas header sampai ke bottom blog kalau ada salah hehe. Biasalah lumrah jadi manusia mestilah ada buat salah kan? kan?  >_< So yah! jumpa dekat next entry yang entah bila ada mood nak post hahah. Well, I have a feeling yang blog ni akan terbiar dalam jangka waktu yang lama huhuhu. Harap-harap tak sampai tumbuh hutan tropika lah ya... ngehehe

.
Ok bubyeeeee!! ^_^
Addition : I got told that solat tarawih kat rumah tak susah. Buat macam solat fardhu biasa ja sebenarnya. So to those yang rasa terbeban nak tarawih kat rumah, don't worry... sebarang selawat, doa dan zikir antara rakaat tak wajib pun. Buat ja 2'2 rakaat macam biasa. Untuk keterangan lanjut sila refer Pak cik Google ya! :)

Monday, 13 April 2020

Tarikh Penting UPU 2020

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Beberapa hari lepas, Cikgu kesayangan Hana ada share info pasal UPU. Jadi, dengan itu Hana rasa rajin nak forward dekat follower blog Hana. :) Manalah tau, in case korang perlukan info ni ke? Ngehehe even though you can actually search it by yourself through Google. Tapi tu lah, kalau korang refer Pak cik Google, memang TAK lah entry Hana ni terpapar dekat first page. Hahaha even last page pun belum tentu sudi nak papar blog tak matang Hana ni :P *Hamboi sarkastik level 99* hahaha
.
So here is the poster that my teacher sent through whatsapp group...  (Sorry lah bagi gambar kabur ngehehe)


Buat masa ni, that is the valid date of UPU application. But who knows akan ada perubahan according to the current circumstance. 
.
Plus, alang-alang dah ter'share pasal UPU ni, Hana nak storytelling sikit pasal topik masuk U ni :).
.
Pertama sekali, Hana faham ramai dari kalangan pemohon UPU especially SPM and STPM leavers, yang rasa down due to the current situation. Hehehe ya lah, baru ja excited nak start University life tiba-tiba corona masuk line hahahaha. Lagi-lagi to those yang dah plan nak collect duit before sambung study tu. Haihhh... tabahlah duhai hati. Hahahah :')
.
But dalam hal ini, perkara yang patut kita syukuri adalah, kita tak perlu nak rasa stress macam student2 yang tengah dalam semester. You know, diaorang hadap macam-macam struggle yang mana dalam situasi tersebut kita hanya perlu relax dan stay at home dengan tenang. :') Ada yang stress tak boleh adapt dengan online classes, ada yang pasrah kena tangguh sem, and of course ada yang still tersadai dekat kolej masing-masing. Huhuhu :') salah seorangnya kakak Hana lah hahahaha :P (Sajalah nak bubuh 'hahaha' banyak-banyak biar nanti bila dia balik rumah kitaorang boleh lanjutkan perang dunia ketiga) hahahahaha tuuu diaaa hashtag adik derhaka! 
.
Berbalik kepada topik UPU, Hana nak share sikit apa yang Hana apply dalam permohonan Hana. Ngeeee >_< Pilihan satu dan dua Hana apply bidang pendidikan which akan ada ujian dan temuduga khusus (Medsi). Dan mostly yang lain Hana banyak apply bidang penulisan dekat Uitm. Hehe nampak tak betapa stay stick-nya Hana dengan cita-cita Hana? Well, I'm planning to be a teacher and a part time novelist in the future. So there we go! ^_^ But permohonan lulus atau tak, Hana dah redha siap-siap! hahah.  Sebab Hana dah letak effort dah, tinggal lagi nak kena doa banyak-banyak dan tawakal ja...  Senang cakap I put 100% of my trust to Allah :')
.
Apa-apa pun buat semua yang tengah tunggu result UPU, I'm wishing you the best of luck! May we all get chosen to be in our dream university. :') Walaupun hakikatnya apa yang kita harapkan selalunya adalah sesuatu yang kita takkan dapat. Hahahah macam biasa lah kan? :P  Then that's why, kena banyak-banyakkan doa. Hopefully apa yang kita naaaaak sangat tu, Allah permudahkan. Aaamiin.
.
So good luck guys! ^_~
Dengar-dengar RMO kena extend... What I can say is tabahlah para surirumah sedunia. :P hahahahaha. Jangan lupa banyak-banyakkan istigfar bila singgah ruang tamu, depan TV, bilik tidur... oh ya dan jugak bilik mandi. Hahahaha. Tak apa bulan puasa nanti redalah tsunami tu semua. Hahaha >_<

Friday, 3 April 2020

FridayHana #3

i love him more than he can imagine - Google Search

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Doa adalah senjata seorang muslim. Rugi lah kita kalau tak guna senjata tu kan? Because "even if it a whisper, Allah hears it" 

Waktu-waktu makbul berdoa

  • Waktu antara azan dan iqomah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
  • Sewaktu hujan turun
Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
  • 2 waktu pada hari jumaat
“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
  • Sepertiga malam terakhir ramadan
Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • Hari Arafah pada musim haji
Sabda Rasulullah  SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
  • Ketika waktu sahur dan berbuka puasa
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Sumber : https://zayan.my/zayan-portal/trending/6-waktu-paling-mustajab-untuk-berdoa

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Allah bersifat Haya' (malu), iaitu apabila kita mengangkat tangan memohon sesuatu, Allah sangat malu untuk membiarkan kita menurunkan tangan tanpa sebarang doa yang makbul. 

Cuma... kadang-kadang doa kita lambat makbul bukan sebab Allah tak nak makbulkan. Tapi sebab Allah naaak sangat dengar kita doa lagi, lagi dan lagi dekat DIA. :') Supaya... kita jadi dekat dan makin rapat dengan DIA. Dan supaya kita faham indahnya sabar apabila akhirnya Allah makbulkan juga doa kita.

Apa-apapun, berdoa itu ibadah. Makbul tak makbul kita tak rugi apa-apa pun sebenarnya. Pahala dapat... rahmat Allah pun dapat, Inshaallah.

And kawan Hana pernah pesan, iaitu memetik daripada kata-kata seorang ulamak "Jangan lihat betapa tidak layaknya kita untuk meminta dari Allah. Tapi lihatlah, betapa berkuasanya Allah untuk memberi"

Sekian, semoga bermanfaat! ^_^
Semua tak nak beraya pakai mask kan? ngehehehe jadi jom sama-sama perbanyakkan doa supaya Allah angkat wabak Corona ni cepat-cepat. :')