Monday, 30 March 2020

My RMO so far...


Motivational Art GIF by Chibird - Find & Share on GIPHY

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Happiness is, knowing that Allah right beside whenever dugaan hitting 

Untuk abadikan secebis kenangan pada peristiwa RMO ni, Hana nak buat little update sikit dekat blog.

So how was my RMO so far?

Alhamdulillah, still survive lagi kat rumah ni ngehehe. ;) Walaupun! walaupun... agak meroyan sikit dalam tempoh RMO ni. Hahahah of course lah meroyan, hari-hari kena hadap perangai dua orang adik lelaki Hana yang tak sunat lagi tu hahaha :P Hari-hari ada ja kes pergaduhan baru yang tercetus. Haihhh berebut tablet lah... berebut komputer lah... berebut kasih sayang pun iya jugak hahahah.

Plus, entah lah kenapa, kerja rumah jadi makin bertimbun-timbun sejak RMO ni. Hahaha paling bertimbun pinggan mangkuk kat sinki lah. Of course! hahaha maka Hana dan mak Hana kena lah sentiasa on call bertugas kat dapur. ^_~ Hana syak, dapur pun dah naik bosan tengok muka kitaorang! hahaha

Ekoran dari itu, Hana secara automatik dah expert menjadi surirumah tangga hahahah. *Mom entering the conversation : Ha'ah yaa lah! Masak nasik pun tak lepas!* kahkahkah :P

And yah, even Hana memang dah sedia menganggur sejak awal tahun ni, tapi ya Allah... penangan RMO ni buatkan Hana rasa banyak personal activity tergendala. Hahahah ya lah, kalau hari sekolah selalunya Hana, mak Hana and baby Liya akan bonding dekat depan TV, main masak-masak dengan aman kat dapur, also mengemas rumah dengan tenteram. Tapi buat tempoh sekarang ni, rutin harian kitaorang banyak tergendala, lagi-lagi part tengok TV tu ngehehe. Paling sadis Mak Hana sampai sekarang tak tau lagi ending cerita 'Parasite' yang kitaorang tengok hari tu hahaha.

But so far, alhamdulillah everyone just fine. Cuma baby Liya ja sakit sikit. Demam, bersin... asyik meragam, nak bagi dia makan ubat pun riuh satu rumah! :') Honestly, rasa pelik ja bila tak ada gelagat Liya sepanjang dia sakit ni. Hopefully she recover fastly.

Oh ya, kakak Sulung Hana tengah tersadai jauh dari family. Nak balik, tak dapat kan? Ngehehe but she's fine as well, alhamdulillah. Cuma sendu sikit lah kot, sebab single. Hahahahaha Opppss!! Ni kalau cakap depan-depan, dah nahas kena SmackDown. Sib baik jauh :P
.
Ok lah. Itu ja nak share... Bye everything!! ^_~ 
Macam biasa, Hana nak bagi pesanan yang korang dah lali nak hadap ngehehhe "Stay safe everyone! Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah". Also, stay strong to those yang tengah hadap tough time. Jom sama-sama perbanyakkan doa. ^_^

20 comments:

Nana Liena Nana Liena said...

Bila dah ramai2 duduk dlm 1 rumah,mmg berasap sajalah dapur, pening kepala nak fikir masak apa utk esok2 hari..haha. tp bab pinggan mangkuk penuh sinki tu kalau adik beradik umur dh boleh berdikari,bolehlah tegur2 supaya selepas makan kena cuci sendiri. :')

Hanachie Hanachie said...

@Nana Liena

Setuju sangat! ngehehe mak Hana siap bercakap dengan peti sejuk sebab bingung nak masak apa hari2. hahah >_< yang bab basuh pinggan tu pulak, sebenarnya Hana yang tak rela nak biar adik2 Hana basuh pinggan sendiri. Sebab confirm tak bersih punya! ngehehe ;)

thes thes said...

sejak RMO ni rasa macam banyak sangat personal activity tergendala... mungkin sebab angah anak beranak sempat balik before announce rmo, so ahli rumah ni bertambah... nak buat cara kita hidup berlima macam selalu memang takkan dapatlah cerita dia.. harapnya cepatlah habis rmo ni, nak pi cari kerja pun terganggu ! huwaaa

aienienka aienienka said...

Aien be like your Mom! Kah! jauh lagi nak oi.. Boring dah nak masak tu.. Oh btw, tart susu ngan tart telor tu sama je. Haha a.k.a hong kong tart. Macam-macam la nama dia.. ^^

Cik shuya Cik shuya said...

Hai hana. Sama lah dh hampir meroyan ddk rumah ni. Hahaha. Habis resepi cikshuya belek. Dari tk reti buat kek smpai reti lah. Hehe. Stay safe. Cikshuya dh follow sini. Jom singgah dan follow blog cikshuya yg tk seberapa nk aktif ni. Hehe

https://cikshuya.blogspot.com

Hanachie Hanachie said...

@thes

Fahaaaam sangat! hahah bertabahlah lagi 14 hari ni >_< harap-harap tak ada next extend lah yaaa...
.
oh btw, semoga cepat2 dapat kerja ya?! ;)

Hanachie Hanachie said...

@aienienka

hahah kalau boring, kak Aien ajak lah husband main masak2 sekali! ngehehe inshaallah dah tak boring dah pastu >_<
.
Oh ya, Hana baru tau tart tu berasal dari hong kong ngehehe... thank you bagi info! ;)

Hanachie Hanachie said...

@Cik shuya

hahaha tak apa, lagi 14 hari ni kita meroyan sama2 ok? hahaha btw teruskan asah bakat memasak! ^_^

Elly Matin Elly Matin said...

kaaannn. makin duduk rumah makin sibuk. hahaha

Hanachie Hanachie said...

@Elly Matin

Betul tu kak! hahaha tambah2 lagi bila satu family tak keman-mana >_<

Tqa London Tqa London said...

Dapur tu pun kena kuarantin agaknya hahaha
dapur kami tinggal nak buat macam tu dah, my brother in law kalau masuk dapur macam2 dia bawak kedepan bila dah siap.
Odaeng lah, cheesekut lah, brownies lah, nasi lemak lah, quesadilla lah, burger lah, tinggal nak open table kat luar rumah pastu meniaga hahaha

Hanachie Hanachie said...

@Tqa London

Hahahaha tu lah... nak try buat tapi tak ketahanan jugak nak ke dapur hahaha. Masa2 macam ni, dapur tu ibarat syurga. Dah sama penting macam wifi! ngehehe. >_<
.
Btw, wahh bestnya menu tu semuaa ;) ;)

izzati日向 ♥ izzati日向 ♥ said...

actually wabak ni banyak bagi kita masa utk spend dengan family. hehe. virus virus go away, dont you ever come again. stay safe sis hana! kirimkan salam sayang izzati pada family kak hana. <3

Hanachie Hanachie said...

@ᴀᴛʏᴄʜᴀɴ ☽

ha'ah kan? kan? Sejak2 RMO ni jadi makin rapat dengan family, sebab tak ada kawan lain nak ajak gurau hahah.
.
Btw you too, Stay safe ok?! Inshaallah later kak Hana sampaikan salam Izzati ya.. ^_^

ray ray said...

your oldest sister and i are sharing the same fate i guess. having to stay away by ourselves at such time. i hope she'll get through it for i know it is really hard.

Hanachie Hanachie said...

@ray

Oh, I feel sorry for you kak Ray! :') It's ok! Things will get better soon ^_^

Mijablur Mijablur said...

Kitaorang kat rumah sibuk berebut remote control, lepas tu Abah pulak kejap-kejap suruh buat air lah, masak lah. Kalau orang lain seminggu sekali mop rumah, my Abah 2 3 kali dah sibuk mengemop 😅

Hanachie Hanachie said...

@Mijablur

Hahaha berebut remote control tu perkara wajib! >_< kalau Hana kat rumah ni dah sampai tahap nak sorok TV ahahaha...
.
Oh btw, your abah is soo cute! heheh ;)

Sha Mohamed Sha Mohamed said...

Part kat dapur tu memang tak boleh nak kata apalah.. Samalah dekat rumah akak nie.. Dari pagi tengahari petang membawa ke malam.. Menimbun je pinggan dalam sinki dan ada je yang nak dimasak.. hehehe

Hanachie Hanachie said...

@Sha Mohamed

Hehe kan? kak Sha kan? sikit-sikit petik dapur gas hahaha >_<