Sunday, 22 March 2020

Bumped into "Hakak Kebaya Merah" | My honest horror story

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Sebelum korang scroll down, jom sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat semua mangsa wabak covid-19. 
----------------------------------------------------------------------------------------- ^_^

Masa zaman sekolah, perkara paling best bagi Hana ialah masa berkumpul dengan kawan-kawan dalam satu kelompok dan share cerita seram masing-masing. Hahaha nostalgia betul! so untuk entry hari ini Hana nak buat sesi story telling versi alam maya. ^_~ Jadi kepada korang-korang yang tengah sendu berkurung kat rumah tu jemput lah baca sampai habis ya..., ngehehehe. Hashtag I story telling for you, you read it for me ok?! hahah. *confident betul ada orang baca*

So the story happened about many years ago which is when I was 5 *I guess*. Masa tu Hana teman arwah atok Hana pergi rumah kawan dia. Tak silap Hana kitaorang naik basikal ja on the way nak ke sana. Awwww sweet kan?! ngehehe :')

Tercetusnya peristiwa seram realistik dalam hidup Hana, apabila Hana main sorang-sorang kat tangga rumah kawan arwah atok Hana tu. Kena pulak time hujan panas 'manja-manja'. hahaha kalau hujan lebat mungkin Hana dah masuk dalam rumah kot. So tengah Hana syok main dengan tangga, tiba-tiba Hana tertangkap susuk tubuh seorang wanita yang berpakaian kebaya merah di bawah kolong rumah tersebut (berdekatan tangga). Rambut dia panjang dan berwarna hitam pekat. Rupa dia? Mashaallah kalau korang tengok mesti rasa tergugat!  hahaha ala-ala Fasha Sandha beb! *kang kalau cakap ala-ala kertas pasir tak memasal pulak dapat mimpi buruk kan?* hahaha tapi betul! cantik dia memang ala-ala Fasha Sandha.

Masa Hana terpandang 'dia' tu, dia memang tengah pandang Hana sedia. Ya Allah! Dah lah kedudukan dia masa tu agak hampir dengan kedudukan Hana. And at the moment kitaorang 'saling berpandangan' tu, dia tengah ready-ready nak sentuh Hana senyap-senyap. Huaaahhhh ya Allah... sumpah seram bila diingatkan kembali. Cuma tak jadi lah dia nak sentuh Hana sebab Hana dah nampak dia... 

Sadly, apa yang jadi lepas moment tu Hana tak ingat sangat, tapi memori yang melekat kat kepala Hana ialah Hana nampak dia jalan dengan penuh lemah-lembut masuk ke dalam kawasan hutan yang berhadapan dengan rumah kawan arwah atok Hana tu.

Kalau difikir-fikirkan balik, fuh!! nasib baik lah Hana ni memang noob daripada kecik... kalau tak mungkin Hana dah ikut jejak dia masuk ke hutan tu. hahahah

Ya Allah... masa tu Hana hingusan lagi kot! T^T Bayangkanlah kalau Hana pergi ikut langkah dia masuk ke hutan tu. Mungkin sekarang ni Hana dah join group gadis-gadis dekat alam 'diaorang' hahaha.

Plot twist = Sebenarnya Hana tak publish pun lagi entry ni. Hakak Kebaya Merah yang tolong publish-kan. Haaaaaaah! apa kata korang buat muka cuak sambil toleh kiri kanan. hahahaha :P :P Alah jangan lah comel sangat! Hana memain jaaa... Tak apa sebelum tidur baca ayat kursi ya ;) hahahaha.
Kisah yang Hana cerita dalam entry ni adalah kisah benar zaman childhood Hana beberapa tahun dahulu. Hak masing-masing sama ada nak percaya atau tak. ^_~  So yah, rasa-rasa bila patut Hana buat filem "Dukun 2" Ngehehehe.

25 comments:

Vitamin Syaza (VS) Vitamin Syaza (VS) said...

wow hana, nasib baik la dah pagi sikit ni BW hihi, plot twist tu buat ku mencari di mana hakak itu alahai.. >.<

Lya Amie Lya Amie said...

Bila baca horror story Hana ni, teringat Horror story Lya sendiri. Tapi bukan nampak hantu, cuma kawan hilang tapi sebenarnya dia ada je sebelah Lya masa tu!

Hanachie Hanachie said...

@Vitamin Syaza (VS)

hahaha comel lah akak ni!! >_<

Hanachie Hanachie said...

@Lya Amie

Allah... seramnyaaa! T^T

aienienka aienienka said...

Kalau sis, memang laju lari.. penakut ya amat!

Hanachie Hanachie said...

@aienienka

Hahaha sama lah kak! ;) cuma masa peristiwa seram ni terjadi Hana tak tau pun yg dia tu hantu hahaha

Nurul Aziz Nurul Aziz said...

Amboi plot twist tu lagi seram dari cerita sebenar. Hihihi

ray ray said...

okay this is scary. I am reminded of my own experience as well but I'll just keep it to myself.

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip said...

tengok title je horror da risau nak teruskan baca ke tak..
dala blogwalking pkul 2.00am ni hehe..

Hanachie Hanachie said...

@Nurul Aziz

hahaha meremang bulu roma tak kak? >_<

Hanachie Hanachie said...

@ray

Wah kak Ray pun?! ;) I guess everyone has their own horror story.

Hanachie Hanachie said...

@Siti Yang Menaip

hahah comel lah akak ni. >_< Kalau Hana pun memang TAK lah nak baca cerita seram malam2 ngehehehe ;)

AmyZana AmyZana said...

Pada pendapat sayalah bila benda2 macam nih jadi time kecik yg bagusnya kita blur2 time tuh so tak rasa seram sgt berbanding jadi waktu sekarang kekekeke! Dulu saya ingat mulut saya celupar waktu kecik pastu nampaklah kelibat benda tu sebab tak reti jaga mulut barangkali hmm taubat

Cuya Cuya said...

hi hana!kite dtg singgah..

ad posting lgu kite cipta..dengr2 kn

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/03/lagu-dia-putera-by-cuya.html

Cuya Cuya said...

btw hana,,mana hana cri tutorial utk buat skroll bar kat blog list tu...nnti komen kt blog sy ya..heee

ray ray said...

yeah. i've got a few story under my sleeve but it was all in the past.
quite an experience i can say. ^^

Hanachie Hanachie said...

@AmyZana

hahaha betul tu kak, sib baiklah kena time kecik ja. Kalau kena time dah besar panjang boleh demam sebulan dibuatnya! hahaha.
Btw, samalah mulut Hana pun celupar jugak kadang2 ngehehe. >_<

Hanachie Hanachie said...

@Cuya

Okay kak Cuya comel! Sepantas kilat Hana terjun kat blog akak! ngehehe ;)

Hanachie Hanachie said...

@ray

Woahh mesti seram kan?! :') But it's okay, experience tu mahal untuk kak Ray simpan >_<

Atikah Tahir Atikah Tahir said...

Hana... masa saya baca hakak baju merah saya terbayang fazura dalam cerita histeria !! haha baca ni sekarang waktu maghrib,terperanjat sendiri tetibe ws masuk yang ironinya terperanjat lepas baca part hakak kebaya merah yang post kan story ni hahaha tapi yang part last tu cute ye hana.. boleh gurau-gurau pulak hilang terus rasa takut ^_^

Hanachie Hanachie said...

@Atikah Tahir

hahahah seram sangat ke cerita Hana ni?! >_< rasa menyesal pulak pegi canang kat blog. hahah and you're sooo cute for being scared by my lame story. ^_^ Thank you tau sebab sudi baca! siap follow lagi... ngehehe

izzati日向 ♥ izzati日向 ♥ said...

izzati pun pernah kena but masa tu izzati nak ambik UPSR. dalam toilet. ada hantu senyum. scary sangat. bila citer kat kawan-kawan, mesti ada yang tak caya. sedehhh! btw, izzati boleh terbayang kan kecomelan kak hana masa tu. hehe. <33

Hanachie Hanachie said...

@izzati日向 ♥

hahah for me, orang takkan percaya selagi diaorang tak alami sendiri. But it's ok! It's our own gold experience hahaha tak semua org ada chance face to face dengan hantu tau! ;)

Sha Mohamed Sha Mohamed said...

halah.. halah.. mujur wajahnya cantik umpama fasha sandha.. tapi boleh bayang dah kengerian itu..

Hanachie Hanachie said...

@Sha Mohamed

Hahaha masa situasi tu Hana tak rasa ngeri pun! sebab budak lagi kan? hahaha >_<