Monday, 30 March 2020

My RMO so far...


Motivational Art GIF by Chibird - Find & Share on GIPHY

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Happiness is, knowing that Allah right beside whenever dugaan hitting 

Untuk abadikan secebis kenangan pada peristiwa RMO ni, Hana nak buat little update sikit dekat blog.

So how was my RMO so far?

Alhamdulillah, still survive lagi kat rumah ni ngehehe. ;) Walaupun! walaupun... agak meroyan sikit dalam tempoh RMO ni. Hahahah of course lah meroyan, hari-hari kena hadap perangai dua orang adik lelaki Hana yang tak sunat lagi tu hahaha :P Hari-hari ada ja kes pergaduhan baru yang tercetus. Haihhh berebut tablet lah... berebut komputer lah... berebut kasih sayang pun iya jugak hahahah.

Plus, entah lah kenapa, kerja rumah jadi makin bertimbun-timbun sejak RMO ni. Hahaha paling bertimbun pinggan mangkuk kat sinki lah. Of course! hahaha maka Hana dan mak Hana kena lah sentiasa on call bertugas kat dapur. ^_~ Hana syak, dapur pun dah naik bosan tengok muka kitaorang! hahaha

Ekoran dari itu, Hana secara automatik dah expert menjadi surirumah tangga hahahah. *Mom entering the conversation : Ha'ah yaa lah! Masak nasik pun tak lepas!* kahkahkah :P

And yah, even Hana memang dah sedia menganggur sejak awal tahun ni, tapi ya Allah... penangan RMO ni buatkan Hana rasa banyak personal activity tergendala. Hahahah ya lah, kalau hari sekolah selalunya Hana, mak Hana and baby Liya akan bonding dekat depan TV, main masak-masak dengan aman kat dapur, also mengemas rumah dengan tenteram. Tapi buat tempoh sekarang ni, rutin harian kitaorang banyak tergendala, lagi-lagi part tengok TV tu ngehehe. Paling sadis Mak Hana sampai sekarang tak tau lagi ending cerita 'Parasite' yang kitaorang tengok hari tu hahaha.

But so far, alhamdulillah everyone just fine. Cuma baby Liya ja sakit sikit. Demam, bersin... asyik meragam, nak bagi dia makan ubat pun riuh satu rumah! :') Honestly, rasa pelik ja bila tak ada gelagat Liya sepanjang dia sakit ni. Hopefully she recover fastly.

Oh ya, kakak Sulung Hana tengah tersadai jauh dari family. Nak balik, tak dapat kan? Ngehehe but she's fine as well, alhamdulillah. Cuma sendu sikit lah kot, sebab single. Hahahahaha Opppss!! Ni kalau cakap depan-depan, dah nahas kena SmackDown. Sib baik jauh :P
.
Ok lah. Itu ja nak share... Bye everything!! ^_~ 
Macam biasa, Hana nak bagi pesanan yang korang dah lali nak hadap ngehehhe "Stay safe everyone! Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah". Also, stay strong to those yang tengah hadap tough time. Jom sama-sama perbanyakkan doa. ^_^

Segmen Bloglist Blogbabyshambles





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tengah boring ke tu? :P Jom teman Hana join segment terbaru ni. Ngehehe masih hangat dari oven lagi guys!. Syarat penyertaan pun simple2 ja. 

Syarat-syarat penyertaan

  • Follow blog penganjur
  • Like Page Facebook BirdNest Essence
  • Like Page Facebook Klubna Laleh
  • Follow Instagram @orangekecik
  • Buat entry penyertaan
  • Hantar link penyertaan

Sila klik banner untuk join sekali ok?! :)
p/s : Kepada penganjur segment, syarat ke 2 hingga 4 Hana tak dapat penuhi. Sebab Facebook Hana dah lama pupus. And Ig pulak, bukan sahaja dah tak active, malah log in pun dah tak dapat. Hahaha :') But honestly Hana join untuk support ja! Lagi pun, hari tu akak dah support segment Hana... ^_^

Sunday, 29 March 2020

Segmen Bloglist 2020 Cida





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Hana dah terlepas banyak segment untuk bulan ini. Jadi mana-mana yang sempat untuk di'join, Hana akan cuba join. 

Syarat Penyertaan :

  • Follow blog penganjur
  • Update entri bertajuk "Segmen Bloglist 2020 Cida"
  • Hantar link penyertaan

.
Macam biasa, boleh klik banner tertera ni untuk join sekaki ya?! ^_^

Sunday, 22 March 2020

Bumped into "Hakak Kebaya Merah" | My honest horror story

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Sebelum korang scroll down, jom sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat semua mangsa wabak covid-19. 
----------------------------------------------------------------------------------------- ^_^

Masa zaman sekolah, perkara paling best bagi Hana ialah masa berkumpul dengan kawan-kawan dalam satu kelompok dan share cerita seram masing-masing. Hahaha nostalgia betul! so untuk entry hari ini Hana nak buat sesi story telling versi alam maya. ^_~ Jadi kepada korang-korang yang tengah sendu berkurung kat rumah tu jemput lah baca sampai habis ya..., ngehehehe. Hashtag I story telling for you, you read it for me ok?! hahah. *confident betul ada orang baca*

So the story happened about many years ago which is when I was 5 *I guess*. Masa tu Hana teman arwah atok Hana pergi rumah kawan dia. Tak silap Hana kitaorang naik basikal ja on the way nak ke sana. Awwww sweet kan?! ngehehe :')

Tercetusnya peristiwa seram realistik dalam hidup Hana, apabila Hana main sorang-sorang kat tangga rumah kawan arwah atok Hana tu. Kena pulak time hujan panas 'manja-manja'. hahaha kalau hujan lebat mungkin Hana dah masuk dalam rumah kot. So tengah Hana syok main dengan tangga, tiba-tiba Hana tertangkap susuk tubuh seorang wanita yang berpakaian kebaya merah di bawah kolong rumah tersebut (berdekatan tangga). Rambut dia panjang dan berwarna hitam pekat. Rupa dia? Mashaallah kalau korang tengok mesti rasa tergugat!  hahaha ala-ala Fasha Sandha beb! *kang kalau cakap ala-ala kertas pasir tak memasal pulak dapat mimpi buruk kan?* hahaha tapi betul! cantik dia memang ala-ala Fasha Sandha.

Masa Hana terpandang 'dia' tu, dia memang tengah pandang Hana sedia. Ya Allah! Dah lah kedudukan dia masa tu agak hampir dengan kedudukan Hana. And at the moment kitaorang 'saling berpandangan' tu, dia tengah ready-ready nak sentuh Hana senyap-senyap. Huaaahhhh ya Allah... sumpah seram bila diingatkan kembali. Cuma tak jadi lah dia nak sentuh Hana sebab Hana dah nampak dia... 

Sadly, apa yang jadi lepas moment tu Hana tak ingat sangat, tapi memori yang melekat kat kepala Hana ialah Hana nampak dia jalan dengan penuh lemah-lembut masuk ke dalam kawasan hutan yang berhadapan dengan rumah kawan arwah atok Hana tu.

Kalau difikir-fikirkan balik, fuh!! nasib baik lah Hana ni memang noob daripada kecik... kalau tak mungkin Hana dah ikut jejak dia masuk ke hutan tu. hahahah

Ya Allah... masa tu Hana hingusan lagi kot! T^T Bayangkanlah kalau Hana pergi ikut langkah dia masuk ke hutan tu. Mungkin sekarang ni Hana dah join group gadis-gadis dekat alam 'diaorang' hahaha.

Plot twist = Sebenarnya Hana tak publish pun lagi entry ni. Hakak Kebaya Merah yang tolong publish-kan. Haaaaaaah! apa kata korang buat muka cuak sambil toleh kiri kanan. hahahaha :P :P Alah jangan lah comel sangat! Hana memain jaaa... Tak apa sebelum tidur baca ayat kursi ya ;) hahahaha.
Kisah yang Hana cerita dalam entry ni adalah kisah benar zaman childhood Hana beberapa tahun dahulu. Hak masing-masing sama ada nak percaya atau tak. ^_~  So yah, rasa-rasa bila patut Hana buat filem "Dukun 2" Ngehehehe.

Friday, 20 March 2020

FridayHana #2

Image result for cute pink esthetic flower


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Allah knows,
and that's enough for me

Sakit hati yang kita rasa hari ini, sebolehnya jangan bawa ke hari esok. Nanti jadi dendam... :') What's burden you today, should be released today. Macam mana nak release? "Letakkan redha dan sabar melebihi perasaan sakit tu" :')
.
Perkara yang kita overthinking-kan pulak, serahkan cepat-cepat kepada yang 'Maha Mengawal'. What is out of your control, not supposed to be playing in your mind. It's not your duty to guess a destiny.
.
Dan masalah-masalah yang kita tak mampu hadapi sekarang, kumpul... bungkus... dan hantar pada Allah... Sebab DIA maha pakar dalam menyediakan jalan penyelesaian buat setiap hamba-hambaNya. But how? :') Kita cuma perlu doa sungguh-sungguh... tawakal sungguh-sungguh dan teruskan apa yang patut kita teruskan. Masalah tu letak tepi biar Allah yang settle. Yakinlah, slow... slow... Allah akan tunjuk jalan keluar.
..
For me, hidup ini actually mudah kalau kita pilih untuk stay positive. Dah kalau kita pilih untuk stressing out everything, susah jugak lah jadinya kan? hahaha *hamboii senangnya bercakap :P*
.
But Hana percaya... hidup kita akan jadi mudah kalau kita letakkan pengharapan sungguh-sungguh kepada Allah dalam setiap usaha kita menyelesaikan sesuatu masalah.
.
Tapi tu lah... jangan dipersoalkan kalau pertolongan Allah lambat sampai. Sebab mungkin Allah nak bagi kita pahala sabar *kalau kita pilih untuk bersabar*. Atau mungkin ada hikmah lain yang Allah nak tunjuk... Dan atau mungkin sebab kita sendiri pun tak on the spot tunaikan kewajipan that's why solusi pun tak sampai on the spot. :')
.
Whatever it is, sekurang-kurangnya kita dah pilih Allah sebagai solusi dalam hidup kita. Jadi percayalah... "Allah takkan hampakan hamba-hamba yang mengharapkan pertolonganNya."

- Ehem... ehem... Tuuuuudiaaaaa!! apabila budak Noob berbicara :P hahaha well, when Hana started to share a serious entry it proves that she reached another level of  'Otak dah mula empuk!'. Hahahaha :P 

However... this is an entry of me advising myself... ngehehe. But I feel happy if you get a pinch of benefit from it. ^_~ 

Monday, 16 March 2020

Bleep Test Experience

Image result for cute work out gif

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Salah satu amali yang mencabar untuk subjek Sains Sukan tingkatan 6 ialah bleep test. Apa yang Hana tau bleep test ni biasanya dilakukan sebagai saringan dalam kemasukan tertentu seperti ujian kecergasan guru IPG, dan course yang ada subjek sains sukan untuk permohonan UPU. Jadi dengan itu Hana nak share pengalaman peribadi Hana dalam menghadapi ujian bleep test. Manalah tau boleh bagi inspirasi kat siapa-siapa yang bakal hadap bleep test ke? ngehehe (Inspirasi ke pengajaran? :P)

Untuk amali Bleep Test Sains Sukan Sem 2, dia ada pre-test (ujian yang dilakukan tanpa persediaan latihan) dan post-test iaitu (ujian sesudah melakukan latihan persediaan). Masa pre-test Hana mampu capai level 1 sahaja. Huh! such a shame to me since kawan-kawan Hana ramai ja yang mampu capai sampai level 5. Tu perempuan lah.. kalau lelaki takyah sembang semua level-level 7 ke atas. Haihh baru pre-test dah tunjuk power! hahaha :P. Terfikir jugak masa tu "masa post-test nanti dah boleh standby popcorn kot!. Ya lah... buat penghilang bosan sambil tunggu diaorang habis test" Ngehehe.

So, since Hana rasa stamina Hana teruk sangat during pre-test, maka Hana pun bertekad untuk naikkan level masa post-test! 

Mula-mula tu bukan main tak sabar-sabar rasa nak balas dendam hahaha tapi alih-alih hentahlah.... rasa macam tak ada masa nak prektis :'). Seingat Hana masa tu jadual hujung minggu Hana packed dengan assignment Sejarah dan Pengajian Am.  Homework bagai tu takyah mention lah... hahaha.

Kesimpulannya, sumpah Hana tak prektis langsung dalam tempoh masa lebih kurang 2 minggu yang diberikan. Tapi... tapi... Hana steady gila buat prektis last minute di malam hari sebelum ujian bleep test tu hahah. Malam tu Hana training naik turn tangga dari tingkat atas rumah Hana sampai ke tingkat bawah. Itu ja inisiatif yang Hana terfikir supaya otot-otot kaki tak terkejut bila kena push berlari esoknya! Tapi tu lah, mampu buat berapa round ja :'). Haihh lah..., sebab penat balik sekolah pun tak habis lagi. So sekejap ja lah Hana mampu prektis untuk malam tu. Dan sebabkan Hana tak rasa usaha malam tu memadai jadi Hana sambung prektis lagi esoknya. Awal jugak Hana bangun masa tu lebih kurang pukul 4 kot. Hahaha pagi-pagi buta lagi sis dah main lari-lari kat tangga :P. Sib baik 'member dari alam lain' tak join sekaki. Hahaha.

Tiba di tempat kejadian, Hana ambik turn group terakhir bagi pelajar perempuan. So it went like these...
  • Level satu - pass dengan steady-nya siap boleh gelak and wink dekat cheerleaders tak berbayar yang gigih sorak kat tepi. hahah
  • Level dua - first point was ok, but in the middle rasa kaki dah mula kebas. So tiada lagi gelak ketawa dan muka steady terukir di wajah. Yang ada hanyalah kerutan padu yang terserlah di dahi. Fuh urat-urat perut pun dah start rasa sakit. 
  • Level tiga - hah! sebut ja level tiga terus Hana tersujud kat finish line tu. Hahaha dengan tak terdayanya nak bangun tiba-tiba rasa badan kena kerumun oleh member-member lain. Mashaallah tau-tau ja diorang dah angkat Hana ke tepi gelanggang. Hana mengah gila-gila... peluh habis satu badan... nak cakap pun tak mampu tapi yang pasti Hana sedar apa yang jadi masa tu, which proven Hana actually tak pengsan pun hahaha. Tapi tu lah diaorang siap bukak kasut Hana... longgarkan tudung Hana... kipas-kipas sikit kasi sejuk... fuhhh terasa diri begitu berharga hahahahah (ingat iklan produk Loreal ke weh? :P) 

Maka sejarah pun tercipta. Budak sains sukan pengsan masa buat amali. hahaha Hana... Hana... tak habis-habis nak memviralkan diri sendiri... 

But yeahhh at least Hana capai target Hana hahaha puasnya hati dapat balas dendam. Alhamdulillah... cikgu siap puji sebab ada peningkatan :') 

Tapi tu lah... dalam pada hati berbunga-bunga, cikgu puji, kawan puji, crush pun impressed tiba-tiba.... boleh pulak jatuh terpeleot masa tengah on the way nak pergi toilet hahahhah. Ya ampuuun Hana!! baik bungkus je lah muka tu guna paper bag. hahaha T^T

So agak-agak berapa banyak pengajaran yang korang dapat dari experience Hana kali ni?! ngehehe. >_< For me, elakkan practice last minute and make sure banyakkan latihan untuk tingkatkan stamina. Plus, during the test sebolehnya cuba push diri selagi mampu. Don't worry, kalau pengsan pun nanti ramai ja boleh tolong angkut. Hahaha :P keh.. keh.. keh.. gurau ja. 

Sorry, lampiran peristiwa ditiadakan pada entry ini sebab... banyak gambar yang dah ter'delete dari gallery phone... heeee :D *eleh cakap je lah gambar ko berlari tak senonoh hahahah* Tetiba pulak ada suara hati menyampuk! :P Ok bye!! ^_~
P/S : Stay safe everyone!! Pelihara nyawa tu wajib tau! :') 

Thursday, 12 March 2020

To those that I left behind


Image result for cute positive quote gif about memory chibird.com

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Just sometimes, keeping memory is a burden to the heart

Jangan toleh belakang. Nanti sakit...
Sebab nanti kita akan sedar betapa banyaknya orang yang dah slow... slow... lenyap dari hidup kita.

And it started like this...

Berkenalan dengan kawan pertama masa tadika... 
Masuk sekolah rendah terjumpa pulak dengan best friend forever yang tak kesampaian hahaha.
Lepas tu, melangkah ke alam sekolah menengah kita bina friendship baru dengan kawan semeja yang sekepala dengan kita... so yah! such a great group of friend has established!.
Tapi bila habis form 3, kita belajar untuk blend in dengan kawan-kawan baru dalam aliran yang kita pilih. Then masa ni lah kita dapat nilai member mana yang setia dengan kita walaupun dah berbeza aliran dan kelas. And not to mention lepas tamat high school, sambung belajar dan kerja, we keep on meeting up new people over and over again.

Dan realitinya pada hari ini...

satu demi satu orang yang kita pernah rapat dah buat haluan masing-masing. Ada yang dah lost contact dah pun... :') And even kalau masih lasting sampai hari ni pun situasi dia dah tak sama... suasana dah tak macam dulu. 

Sakit kan? :')

And as we grow older, kita akan sedar...
apa yang pahit untuk kita tempuhi sebelum ini dah jadi sesuatu yang manis pernah kita jalani dalam hidup.

Manis sebab ia ada pengajaran... manis sebab ia merupakan experience peribadi kita... dan manis sebab kita mampu survived and grew from it! >_<

Kalau awak rasa hidup awak penuh dengan situasi "people come and go" then I would like to congratulate you... ngeheehee Tahniah sebab you've learned a lot... Tahniah... sebab hidup awak penuh dengan memori... dan Tahniahh sebab awak mampu untuk move on dan teruskan langkah even kadang-kadang awak still rasa pedih setiap kali ter'flahsback mereka-mereka yang pernah singgah tu.

Dan untuk hari ini, please just be prepared towards any risks of separation. Because life is sooo unpredictable! T^T

But yah,

Kalau toleh belakang buat awak rasa sakit, then tolehlah ke depan dan rangkakan sebuah pengakhiran yang gembira.... ^_^ 
This is an entry of me being emotional... *again* hahah. For me, it's normal for everyone to suddenly miss someone in the past :P Just sometimes the feeling is out of control and attack the heart so bad hahahah bukan tak move on, just ter'rindu tanpa sengaja.... hahahaha. Hopefully it doesn't sounds lame >_<

Friday, 6 March 2020

What a rainbow!


Image result for cute positive gif quotes

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Selasa minggu lepas Hana dah selamat membuat perhitungan terakhir dengan Mr.STPM. So, atas sebab nak abadikan apa yang terjadi antara Hana dengan Mr.STPM recently, Hana pun terdetik hati nak share entry ni. (Nak jugak menyempit dengan batch SPM 02) hahaha >_<
.
Fun fact, kalau nak tahu, gara-gara down dengan Mr.STPM lah Hana lancarkan segment motivasi baru-baru ini. Hahaha hebat tul penangan beliau kan? :P 
.
Semuanya bermula dengan peristiwa Hana check result online untuk separate result STPM iaitu result sem 3 pada hari isnin (3 Feb) dan ulangan sem 1 & 2 masing-masing selang sehari selepas itu. Siyesli Hana cakap, mostly results tak capai target Hana. Air mata demi air mata, orang tak nampak langsung betapa tak tenteramnya jiwa Hana saat itu. I guess I'm great at pretending to be okay! :P Hahaha well, bila Hana cakap Hana down orang susah tau nak percaya. Entahlah kenapa?? Rasanya macam tak ada orang pun perasan jiwa Hana yang tengah tersakiti masa tu :P hahaha so, end up menangis kat tikar sejadah ja lah mampu >_< hahahaha 
.
So bila ambik result penuh selasa lepas, barulah Hana rasa macam satu beban 'overthinking' dah reda. Subahanallah hebat sungguh kuasa doa dan tawakal. Alhamdulillah, apa yang Hana doa itu yang Hana dapat. 
.. Syukur sangat-sangat untuk result penuh Hana yang ngam-ngam capai target. Tak lebih... tak kurang... Totally sederHana. ngehehe >_<
.
So Tahniahhh semuaaa batch 00!! Sikit ja lagi nak sampai ke destinasi impian :')
.
Sebagai lampiran peristiwa, Hana belanja gambar candid ja lah... Somehow Hana suka gambar candid ni compare than the other proper one. Because everyone seems so natural at the moment where we were distracted by someone cheeky-ness... hahahah Sorry guys! :P :P :P

The Kopop 5/12
*Results kitaorang suam-suam kuku ja. So honestly tiada unsur riak di sini ya hahah >_<*

Happy-nya semua kawan-kawan Hana mostly capai pointer 3 :') Well, Hana still ingat lagi muka sedih sorang demi sorang masa dapat result sem 2 last year. Masa tu konon planning nak terjun bangunan hahahah :P. And another breakdown bila results sem 3 kitaorang tak menyenangkan hati. :') Ada orang tu siap cakap pintu Universiti dah tertutup untuk dia. Hahaha alhamdulillah, at the end kitaorang  survived sebagai noob sejati hahaha :P *Kenangan yang telah berlalu takkan ku lupaaaa... huaaaaaaaaaa T^T  T^T  T^T* 
.
Dengan itu juga, Hana dah sah cerai mati dengan Mr.STPM hahahah. Ok bye!! >_<
Tahniah adik-adik yang dapat results SPM yesterday. Wooohoooo you did a great job!! ;) Good luck yaa for your next step. ^_^ Btw, satu ja nak pesan, bawak-bawak brutel-kan diri bila terserempak dengan mak cik bawang. Lagi-lagi yang suka compare2 results anak orang tu... hahaha :P Dengan itu, mohon jangan terciduk hahaha

Wednesday, 4 March 2020

Blog Review #4 -NaimAbdullah-


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

So review yang terakhir berpihak kepada blog "Ke Arah Mencari RedhaNya". Mashaallah, nama blog ja dah ada unsur dakwah. Not to mention the overall content. 


Meh jemput klik!! ^_^



About The Blogger :

  • Nickname : Naimttbc
  • Blogging since : Year 2010 
  • Kekerapan blogging : Basically every week 
  • Fun fact : Penggemar Anime khususnya Naruto Shipudden
  • Slogan diri : Jangan jadi topeng kepada orang lain. Instead, be yourself! 

My Impression :

Pada pandangan Hana, beliau merupakan seorang blogger yang tertumpu kepada entry berasaskan dakwah Islamiah. Tapi dalam masa yang sama beliau sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai jenis segment. :) *Segment Hana yang banner childish tu pun beliau sudi support!* hahah >_< Berdasarkan design blog pulak, sangat simple dan menggambarkan ciri-ciri kesederhanaan dalam diri beliau. Dan, dari segi penulisan... Hana boleh simpulkan blogger Naim ni orang yang agak serius iaitu sejenis 'straight to the point' dan matang. As a whole, he's honestly a supporting blogger! 

What I like about his blog :

Hana suka dengan peringatan demi peringatan yang terselit dalam entry-entry beliau. Blogger Naim suka letak reminder "Jangan lupa untuk berselawat". Bunyik macam sikit je peringatan dia kan. Tapi subahanallah hikmah berselawat ni besar sangat-sangat. Sebab macam yang kita tahu selawat adalah talian hayat untuk kita melayakkan diri ke syurga apabila amalan-amalan lain tak cukup mahupun tak diterima langsung oleh Allah. That's why Hana sokong sangat bila amalan selawat ni digalakkan. Then nampak lah macam kita saling menjaga antara satu sama lain supaya sama-sama layak mendapat syafaat Rasulullah kelak. So terima kasih kepada beliau kerana menjadi insan yang menggalakkan amalan selawat secara consistent.  


His Motivation Sharing :

" Jadilah diri sendiri, jangan jadi topeng kepada manusia lain "

Why I choose him :

Beliau tersenarai dalam belasan entry yang menepati kriteria yang Hana nak, so bila buat cabutan bertuah... blog beliau adalah antara 2 yang bertuah.

So entry beliau menepati kriteria yang Hana nak sebab... cara beliau ulas memang boleh rasa ketegasan dia walaupun diulas secara ringkas. Sejujurnya Hana rasa terinspirasi dengan kata-kata motivasi beliau which "Jadilah diri sendiri, jangan jadi topeng kepada manusia lain". Mungkin sebab Hana dah banyak kali kena fake friend kot. Hahahaha sebab tu ayat tu menusuk semacam T^T hehehe. For that, Hana setuju 100.99% dengan beliau. Please-lah wahai para-para manusia... jadi lah diri sendiri especially dalam berkawan. Tak penat ke jadi kuih talam? hahaha. Sorry for being such a sarcastic but Hana ada tragic story dalam isu ni :')

And Hana suka jugak dengan song suggestion yang beliau sertakan. Lagu berkisarkan tentang kematian. Jadi, bila ingat mati... Hana terus lupakan semua masalah dunia yang melanda Hana masa tu. That's why I think it's so motivating. Plus, bila play lagu tu tiba-tiba teringatkan nenek Hana. Huaaahhh tu lagu favorite dia T^T But takyah emotional sangat lah kot... sebab nenek Hana ada je sihat kat rumah... tengah menyulam bahagia bersama suami tercinta. Hahahaha (Well, Hana actually dapat atok baru bulan sembilan last year >_<)

Alhamdulillah Hana dah bebas dari beban hutang review hahaha :P banyak entry lain lagi Hana nak sumbat kat blog ni senarnya... just sekarang baru rasa freedom daripada entry review hahaha. So kepada blogger Naim, teruskan apa yang memang patut diteruskan. Semoga menjadi hamba yang mendapat keredhaan yang tidak berbelah bahagi daripadaNya. Good luck for everything!! ^_^ 

Sunday, 1 March 2020

Blog Review #3 -Aienienka-

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

About the blogger :
  • Nickname : Aienienka
  • Blogging since : Year 2011 
  • Kekerapan blogging : Currently almost every day
  • Fun fact : Lepas berkahwin, suka ketawa ala-ala mengilai (hahaha kak Aien >_< awat comel sangaat peraangai :P Fan Rita Rudaini ke?) hehe 
  • Slogan diri : Don't be sad, be happy!! 

Jemput klik dan terjah blog kak Aien!! ^_^


My impression :

Tanggapan Hana masa mula-mula kenal dengan kak Aien ialah, kak Aien seorang ibu dan isteri mithali yang pandai mengurus masa. Itu first impression Hana since the first time Hana singgah blog kak Aien. Sebab... macam yang kita tahu, wanita kalau dah berkahwin dan ada anak mesti hidup automatically akan didominasi dengan endless chores tak sudah-sudah. Tapi dalam busy urus rumah tangga dan kerja at the same time kak Aien masih ada masa untuk blogging. hehe sebab tu Hana dengan confident-nya boleh label kak Aien seorang wanita yang hebat dalam time management. Plus, berdasarkan apa yang kak Aien hidangkan dekat laman blog beliau, Hana dapat rasa kak Aien ni jenis wanita yang simple dan suka akan kesederhanaan. Well, tengok design blog pun dah dapat teka personality kak Aien sikit-sikit. 

What I like about her and her blog :

Hana suka dengan entry-entry kak Aien yang bersahaja dan tak tertumpu kepada satu content sahaja. Kak Aien hidupkan blog beliau dengan content yang menarik dan pelbagai. Hana boleh cakap blog kak Aien ni serba fleksibel, kadang-kadang boleh jadi diary... kadang-kadang boleh jadi gudang review dan most of the time tempat join segment sana sini ngehhehe yang itu kak Aien boleh high five tinggi-tinggi dengan Hana. :P well, kitaorang memang dilahirkan sebagai blogger kaki segment! hahaha. *just sekarang Hana agak busy untuk join mana-mana segment* Dan Hana dapat simpulkan kak Aien bersikap terbuka dalam memberi sesuatu pendapat. Like, tak bias a.k.a berat sebelah dalam menilai. Plus, Hana suka cara kak Aien beramah mesra dengan blogger lain. Nampak sangat kak Aien ni jenis orang yang bubbly, happy go lucky gitu! hehe. Even Hana yang annoying ni pun kak Aien boleh layan macam kawan-kawan sebaya >_< hehehe serius cakap, kak Aien memang friendly dan supporting! ^_^


Her Motivation Sharing :



Lagu yang Kak Aien suggest kat Hana ni sumpah calming! ;) Honestly say, Hana jarang nak favourite kat mana-mana lagu kalau first time dengar. But this song, I tell you! terus jatuh hati pada pendengaran pertama hahaha >_< 

Mungkin sebab melodi dia calming dan genre muzik yang soothing macam ni memang likable. So thank youuu for sharing this kak Aien. :) Hana kalau rasa down memang suka dengar lagu slow macam ni. 

Why I choose her :

First of all, kak Aien tersenarai antara belasan entry blogger yang menepati kriteria yang Hana nak. So bila buat cabutan bertuah untuk belasan entry tersebut, tuah menyebelahi kak Aien.... 

So antara sebab kenapa entry kak Aien menepati kriteria yang Hana nak ialah, sebab cara kak Aien ulas tu sangat relax dan buat Hana rasa positive dan lupakan keserabutan yang melanda Hana time tu. ngehehe >w< And kak Aien ada whisper sikit-sikit pasal kehidupan seorang married woman, so dari situ Hana dapat rasa luahan ikhlas kak Aien. hehe tentang seorang wanita yang suka bebel hahaha seriously say, I'm related. Sebab Hana pun kaki bebel jugak. :P :P Well, tugas seorang married woman ni bukan mudah yaa anak-anak sekalian... >_< even ada orang gaji sekali pun kalau dah diri bergelar ibu memang takkan lari dengan kesibukan yang tiada penghujungnya. hahaha :') Hana ada adik kecik umur 2 tahun, so selaku kakak memang sumpah penat nak kena awasi dia hampir setiap masa while at the same time kena tolong mama buat chores sikit-sikit. *Maklumlah tengah menganggur kan?* ^_~ Plus, Mama Hana sendiri pun memang extremely busy woman. Dialah chef, dialah driver, dialah motivator, dialah penghibur, dialah pendengar, dan segala-galanya bergantung kepada dia. Fuh! Guess what? kadang-kadang Hana rasa... masa tidur tu lah satu-satunya masa untuk diri dia sendiri. :') :') 

So kesimpulannya, even Hana tak kahwin lagi, Hana dah dapat bayangan macam mana busy-nya bila seorang perempuan tu dah berkahwin. >_< So yah, since then Hana tak terfikir langsung dah nak kahwin hahahha seraaam! :P :P

Jadi untuk kak Aien : 

Image result for cute positive gif quotes march

Walawehh! panjang jugak review Hana kali ni, ngeheheh harap-harap sama panjang macam bebelan kak Aien lah ya. hahahah *gegurau je kak! >_< 

Alhamdulillah satu lagi hutang dah langsai! Means another 1 more to go. Weeeeeee >_< So kepada kak Aien yang supporting lagi awesome...*dan jugak comel* Hana ucapkan semoga terus ceria menjalani kehidupan berumah tangga dan terus cekal menjadi ibu dan isteri mithali *cewahhh ucapan mengalahkan orang yang berpengalaman sangaaaat :P hahaha but yah! apa-apa pun kak Aien memang awesome! >_<