Monday, 30 December 2019

Memories bring back you

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Either my eyes blink so fast,or time really flies this fast. Like... baru hari tu kot Hana post entry pasal ringkasan diary of 2018. Tau tau ja 2019 dah nak sampai ke tarikh akhir. Allah... ni betul-betul vibe akhir zaman... :')

Hmmm...

So tahun 2019 merupakan tahun yang sangat sangat strange untuk Hana. Tahun last Hana as a teenager, tahun last Hana bergelar budak sekolah, tahun banyak kena marah dengan cikgu, tahun banyak gaduh dengan Mrs.Mom, tahun banyak terjebak with unexpected people, tahun dipenuhi dengan gejala fake hope.... Tahun dipatahduakan oleh crush?!! kekekeke >_< dah boleh menangis tepi bucu katil kot?! :')

Antara memory yang paling Hana suka untuk tahun 2019 ni ialah memori masa buat amali Sains Sukan. I actually enjoy those amali since Sem 1 sampailah Sem 3 punya last amali. Siyes! Tak ada penyesalan bagi Hana untuk subjek SS ni. Hahahhaa walaupun adalah dua tiga kali injured masa amali tu but still I enjoy it much!! Dan pengalaman incident yang menimpa Hana during amali tu yang mengajar Hana macam-macam lessons then dalam masa yang sama... kenangan pun tercipta... acewahhh :P




My second most favorite memory created during our annual dinner. Ahhhh!!! Siyes unforgettable!! Masa ni lahh kitaorang rasa bebas sebagai remaja di akhir usia. Hahahaha. Lagi-lagi bila Hana dapat roommate hotel spesis 'masuk air'. Paling tak boleh lupa moment berdandan last minutes sebelum pergi event. Waktu tu lah berebut cermin, stokin hilang, tudung tak gosok lagi, fake eyelashes hilang sebelah, member bilik lain datang melawat ahahhaha winduu gila :P Lepas tu kan, paling best masa giliran class Hana buat persembahan khas malam tu. Kitaorang nyanyi lagu "Sampai tutup usia" hehehe persembahan spontan ja sebab last minutes punya planning. But it became memorable dan touching bila kitaorang on flash lampu phone masing-masing masa nyanyi dalam keadaan lampu-lampu utama kat dewan dinner tu dimatikan. Kena pulak dengan lagu sedih. Siyes touching!! Hahahah dalam malap-malap tu sempat jugak sis kesat air mata :P


Thirdly ialah memory masa convocation <3 Majlis graduasi kitaorang dijalankan pada hari khamis iaitu 2 hari sebelum annual dinner. Alhamdulillah!! Everything was smoothly going as planned walaupun dijalankan dengan sangat sederhana. Hehehe >_<  Rasanya masa graduasi tulah kali pertama kitaorang dibenarkan bermakeup kat skolah.

Hahahah you have no idea macam mana Hana boleh jadi kreatif guna sebatang lip balm sebagai pemerah pipi dan eye shadow hahahahaha sib baiklah tak terjadi awek cendol beb! :P Dan sebabkan tak menonjol lah Hana kena paksa pakai lipstick oleh member. Heheh jenuh sis lari, last2 tempek jugaklah lipstick kat bibir sebelum naik pentas hohohoho



Rasanya banyak lagi moments 2019 nak diabadikan kat blog ni. Belum cerita Behind the scenes Viva, proses Hana siapkan assignment, temu bual orang, terkejar sana tekejar sini semata-mata nak dapatkan full mark, alih-alih hasil susah payah kena plagiat oleh member. Hahahah siyes my 2019 really loaded with memories. Tapi tu lah, tak larat pulak nak cerita panjang-panjang. So Hana share gambar  bersertakan caption ja lah.


The KOPOP a.k.a Gang Otak Berbulu >_< created by Wanje

Gambar ni diambil semasa Birthday Prank Hana iaitu delayed dua hari selepas tarikh yang sepatutnya. Hehehehe tu yang buatkan prank menjadi :P sebab Hana mati-mati dah move on tak kesah diaorang lupa Birthday Hana. Hahaha :') thanks to Mastermind yang pakai tudung biru kat depan tu  :P yang kena prank pulak dah macam semut dah kat belakang sekali tu hah! >_<



And this is the first picture of my whole classmate. It was took before kitaorang gerak pergi dewan untuk majlis persaraan pengetua. Sumpah bahagia jadi classmate diaorang selama setahun setengah ni! :') Masing-masing ada karakter tersendiri... lagi-lagi yang pakai baju hitam kat depan sekali tu ha! Sehari tak ada dia, terus hilang ilham nak buat punch line. Haihhhhh siyes rindu!


Yang ni pulak masa sesi interview responden untuk dapatkan bahan assignment. Maaflah tudung Hana lagi depan dari masa depan Hana. Hahaha... keh keh keh InshaAllah next year sis belajar kebelakangkan tudung ;3



Annual sports! ^^ Hana bertugas sebagai hakim lempar cakra. Definitely my first and last experience ;P Tobat dah tak nak jadi hakim.

Lastly, terima kasih kepada orang-orang yang wujud dalam memory 2019 Hana. Especially to my form 6 comrades, lecturers and the other warga sekolah. Kita dah banyak lalui up and down sama-sama. And for that, love you sampai tutup usia!!! <3 <3 <3

p/s : Sorrylah gambar-gambar semua kabur takleh blah hahahahah

To my dear blogger fellow, visitor, silent reader or even haters muahahhaa sis selalu feeling2 ada haters >_< keh keh keh, Hana ucapkan Happy New Year!! Alhamdulillah untuk journey yang masih berterusan ini. Jumpa next year Inshaallah...;)

Thursday, 19 December 2019

Motivation words #9




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Actually, you can!


Hana pernah tulis, musuh utama kepada diri kita ialah diri kita sendiri.

Dan sampai sekarang Hana berpegang dengan kata-kata tu.

Sebab... no matter how hard life hits you, there's still will be a power inside of you to keep going... if you believe in your ability.

Sebab apa? Things that actually bring you down is yourself. While the pain that life gives you is just the reason of you feeling down. 
.
Percaya tak,  yang awak tak akan rasa down kalau awak tak berfikir untuk rasa down.
Awak tak tak akan rasa sakit kalau awak tak layan pun rasa sakit tu.

And that strength will come only if you could conquer yourself.
.
Dugaan, cabaran, kekangan, dan apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya tu semua hanyalah mainan minda. Atau dalam erti kata lain poison yang menghakis motivasi diri kita.

Kalau awak pilih untuk lemah. Then you are.

But if you choose to get back up again. Then you will.
As a whole, you can pretty much conquer anything else around you if you could conquer your mind!!

~ Hopefully korang tak rasa seram bila Hana serious semacam ni hahhahaha >_<


Monday, 9 December 2019

Next




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!

Best tak menganggur?!

Hehehe best lah apa pulak tak best!! Makan tidur makan tidur aihh dah macam mumia dah sis kat rumah ni :P
.
Tapi tu lah boring yakmat!! Rasa tak productive. And hidup ni dah macam tak ada matlamat! :')
Lagi-lagi bila mengenangkan yang ini baru fasa pertama. While there are looong more days to spend in this house. Huaaaa!! T^T siyes meroyan tak tau nak buat apa.
.
So dengan itu, I decided to draw some plans to fill my long journey holiday sampailah bulan 9 nanti kalau ditakdirkan Hana masuk U... 
.
Well, Hana sumpah  tak ada life skang ni! Sebab tu nak planning something pun kena buat report kat blog hahahahha.
.
So berbalik kepada cerita asal, Hana plan nak buat kelas tuisyen untuk UPSR. Walaweh! bukan bisye-bisye en? Muahahaha.
.
Hana nak buat English lesson dengan berpandukan buku-buku BI Hana since zaman SPM yang masih helok tersusun kat bilik ni hah! Brilliant tak?! :3 Asas pengajaran Hana bukan tertumpu kepada format UPSR semata. Tapi beyond that, which 'belajar untuk hidup bukan belajar untuk exam' >_< perghh! Belum apa-apa dah ada slogan bagai! Hahaha Kelasss lah bro ni :P 
.
I would like to admit, Hana tak pandai mana pun nak jadi tutor *ceeeehhh acah rendah diri pulak dah :P but... this is just an alternative to expand my potential while at the same time it's a way to retain and apply the knowledge that I have learned over the years. Thus, alternative ni sekali gus boleh mematangkan Hana sebelum Hana melangkah ke alam baru nanti.

Errr.... alam baru tu bawah lagi daripada level alam barzakh  *Allahhh...* (Meskiku rapuhh.... dalam langkah.... T^T) weh pasal mati tak boleh buat main weh... :')

Then, sekarang ni Hana tengah prepare something untuk kelas tuisyen tu. Hopefully I take it seriously as it should. Huahh!!. This is exactly what I'm dreaming of. ^_^ As you know *or maybe tak tau pun :P* being a teacher has always been in the list of my dreams. So now, when I get to make it come true... I'm being truly excited!!.

K.bye tu ja lah nak report >_<

Cer teka berapa banyak K-drama dah Hana layan setakat ni?! hahahah:P Maklumlah projek juta-juta Hana tak approved lagi >_< 18 kali request tak dilayan. Kena tunggu aura yang ke 19 dulu kot baru boleh sign kontrak Muahahaha sis pun nak viral gak :P 

Sunday, 1 December 2019

The Journey Of Form 6


 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sometimes you will never know the value of a moment until it becomes memory 

Holla!!!
.
Guess who's back here! ^_^
.
Fuh!! berbulan tak update terus rasa janggal nak berblogging semula. Hehehe sis sampai terlupa cara nak log in blog hahahaha.
.
Alhamdulillah, pada tarikh 27 November Hana telah menamatkan riwayat hidup sebagai budak sekolah.
Feeling dia lebih kurang ja dengan feeling lepas freedom SPM. Cuma, bezanya kali ini Hana lebih kepada risau mengenangkan future yang masih samar-samar. :') Maklumlah penangan exam STPM ni lain maciam sikit. Tak boleh predict! :P Kalau korang follower setia blog besawang Hana ni mesti korang tau kan, luahan hati Hana every semester. So untuk last Sem ni, Hana boleh kata beban dia kurang sikit compare than Sem 2. Tapi... pengalaman lalu mengajar Hana untuk tidak menaruh harapan apa-apa! hahahaha :P Kalau korang nak tau, killer paper bagi Hana adalah subjek KMK (Kesusasteraan Melayu Komunikatif). Pilih subjek tu sebagai pengganti subjek BM adalah kesilapan besar dalam hidup Hana yang akan dikenang sampai ke tua. Hahahah nampak tak dia punya tak redha tu? Haih lah! Ingatkan Sem 3 ni reda sikit lah dia punya 'soalan maut' tu, tup-tup bukak soalan terus rasa-rasa macam nak pergi bakar ja pejabat MPM tu hahahhahaha. Siyes bengang! dari target nak dapat A terus tukar pegi Ct ja. Hohohoh kalau tak C plus, dapat lulus penuh pun dah syukur sangat dah hahahaha T_T But Alhamdulillah untuk subjek-subjek lain yang agak memberi kerjasama.

Untuk repeat paper pulak, bagi Hana mostly soalan memang kasi chance untuk dapat result bagus. Tapi tu lah... "mostly" tu pun Hana tak yakin sangat! hahahah korang tau ja lah MPM, mana pernah kasi chance pelajar level-level try hard macam Hana ni dapat result bagus :P, apa-apa pun lantak pi dia lah nak jadi apa pun! haihhh... pasrah gua dibuatnya! Hahaha kan dah tak memasal Hana menggangster kat sini :P But, still alhamdulillah... everything goes well until the end. Alhamdulillah... :')

So yah, dengan itu, berakhir lah sudah hikayat Hana sebagai budak sekolah...
Kepada peminat-peminat Hana kat sekolah, dah boleh dah kot carik crush baru hahahaha *siapa lah yang tak cukup DHA sangat nak minat kat Hana ni!* :P
Tidak lupa jugak kepada haters2 budiman yang dalam tak sedar telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri Hana. Hahahah lagi lah apa aku ngarutkan ni?  *Dah haters budiman pulak tu!! :P *
.
Anyway, Hana will absolutely miss everyone in the school, Including mak cik tukang sapu yang selalu jadi penyeri koridor dan pak guard yang selalu jadi bodyguard Hana everytime nak lintas jalan, heeeeeeeeee :3

Pasni dah tak ada dah muka Miss Always Late ni kat sekolah >_< Tak ada dah scene lari marathon pepagi sebab tak nak kena nahas masa morning assembly! Tak ada dah budak yang every Sem menjadi listed student yang selalu kena call pepagi sebab takut terlepas paper :P Tak ada dah budak yang level clumsy dia Mashaallah punya takleh brain sebab asyik terlanggar dengan orang sekeliling.

Tak ada dah budak yang kalau tudung dia tak ke depan hidup dia macam tak bermakna. Hahahahahaha and means tamatlah sudah episodes member-member membebel suruh betulkan tudung yang terlalu ke depan macam ada atap kat kepala! hahahahha keh keh keh ini dah kes mengaibkan diri sendiri dah ni :P 


Btw, it was a great adventure in my life!! I'm thankful for everything and feel blessed being part of them...Them... those I call family! home and evergreen memories <3

.


Family <3 


Cool Classmates! Merangkap Kelas paling kecoh of the batch


(Dura, PikaBul, Zura, Wanje, Hana, Jun)
Steady Repeat Paper Buddies <3



Iza, Misha, Dura, Sitiu, Hana, Zura, PikaBul
a.k.a 
Persatuan Student tak puas hati dengan MPM :P


Ok lah! Got to go!! Maklumlah pasni dah busy dengan projek juta-juta. Hahahaha >_< Hmm, k.bye! :P