Tuesday, 21 August 2018

Terkurung!!!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!
.
First of all,Hana nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang-korang yang memanfaatkan hari ini untuk puasa Arafah!!! ^_^ Yeahhh esok raya!!! Hehe actually,cuti-cuti sebegini pun Hana still bizai layan karenah Mr.STPM.
Hahhaa adaaaa jaaaa menyebok ganggu masa free Hana T^T hohoho
.
But,for now,Hana nak manja2 dengan blog Hana yang dah mula bersawang ni hehe ^^ banyak benda yang Hana nak cerita kat korang tapi before this asyik bizaaaiiii tak ingat dunia jaaa >_< So one of it is... kisah hari khamis lepas iaitu pada 16 Ogos.
.
Cerita dia cenni.Pagi-pagi tu,habis ja perhimpunan... Hana pergi tandas.Malangnya tandas tak ada air lah pulak! >_< but main purpose Hana nak gi tandas tu bukanlah atas dasar nak 'membuang'  instead nak usai tudung Hana yang tak berapa menepati piawaian tudung yang sepatutnya!!.hehhehe sebab pagi tu Hana bangun lambat dan tak sempat nak berlama-lamaan kat depan cermin.So hasil appearance Hana memang seriously boleh bikin bad mood satu hari. Hehehe macam mintak kaki jeee en minah ni :P :P :P Pang satu kali pun best jugak!! hahahah.
.
Sorry lah kalau buat korang rasa macam level gedik Hana ni dah tak boleh bawak bincang!! :P 
.
Berbalik kepada cerita,Hana pun bertapa lah kat dalam tandas semata-mata nak betulkan tudung... sesambil tengah buat aksi tiup-tiup tudung dengan mata yang  dijulingkan ke atas tu,Hana perasan ada beberapa orang pelajar masuk kat tandas tu.Seorang masuk bilik air sebeleh dan dua orang tengah tunggu kat ruangan tandas bahagian luar.Tengah betulkan tudung jugak kot kat depan cermin.And diaorang blah dulu sebelum sempat Hana keluar bersua muka dengan diaorang *hohoho gangster sangat ayat tu Hana! :P* Then guess what?!!!!
.
Sekeluarnya Hana dari jamban berkenaan,Hana tengok pintu utama tandas tu tertutup rapat.Ehh??! Apahal lak nak tutup-tutup ni! So Hana pun meluru lah kat pintu tu.Sekaliii.... ya Allah!!! Pesal diorang kunci ni?!!!! Ni kan awal pagi lagi?!!
.
But honestly mula-mula tu Hana tak ada lah penik mana.Hana punya riaksi dan emosi masih boleh dikawal dan agak tenang setenang air di lautan acewahh!! Hohoho.Sebabnya bila difikir secara rasional,Hana terkurung dalam tandas sekolah pada waktu pagi.Tandas tau! Bukannya stor ke apa.So kemungkinan untuk sesiapa pergi ke tandas itu amatlah tinggi.But... but... but.... bila Hana fikir balik.Tandas sekolah ada masaalah air dan semua pelajar sedia maklum tentang tu,lagi pulak,tandas tu tandas khas untuk pelajar form 6 sahaja which hanya digunakan oleh kuantiti pelajar yang sedikit.Tambah pulak masa tu adalah minggu exam.Pagi pulak tu! So pelajar-pelajar mestilah tengah fokus buat imbas semula untuk subjek paper pagi tu.Ya Allah!!! Memikirkan persoalan-persoalan tu buatkan jatung Hana rasa kelam kabut! Then mula lah Hana ketuk-ketuk pintu utama tandas tu sekuat hati.

Ketuk punya ketuk! Hampir lima minit tak ada respond pun dari sesiapa! Hana pun jeritlah macam orang hilang akal! " tolooooooooong!!! Toloooooong!!! " pun tak ada orang dengar! Seriously rasa macam nak nangis jaaa... Huhuhuhu kalau ikutkan memang tak tertampung dah air mata kat kelopak mata Hana masa tu,tapi boleh pulak Hana decided untuk tahan gara-gara nak selamatkan adunan bedak kat muka Hana dari disirami air mata.hahahah Bimbooooonyaa lah dak gangster ni :P 
.
.
Rasa-rasa macam dah bermenet Hana ketuk terajang pintu tandas tu tapi tak ada orang dengar pun! Ya Allah!! Mana semua warga sekolah ni?! Takkan tak ada orang lalu kawasan tu langsung! Kengkawan Hana?? Takkan tak sedar langsung yang Hana tak ada dalam kelas since habis perhimpunan tadi?!! Tengah dalam kekalutan tu baru pulak Hana sedar bunyi mesin rumput yang dari tadi lancang semacam.Ya Allahh!! Time-time cenni lah pak cik tukang kebun tu nak menebas rumput! Ya Allah... macam mana lah orang nak dengan S.O.S Hana ni!!! Mama!!!! Tolonggg!!! Huhuhu sis siap mempraktikan ilmu telepati bagai! Hahaha.
.
Setengah jam berlalu,Hana macam pasrah dah.Sebab kejap lagi nak exam! Soo mesti semua orang tengah ready dekat meja masing-masing dan tak terfikir langsung pun nak pegi tandas!!! Huhuhu nampak gayanya sampai ke waktu rehatlah Hana terpaksa bertapa dalam jamban tu! Huhuhu tu lah kau Hana! Mengada sangat nak pegi tandas waktu-waktu genting macam tu! Haihh Ni macam mana nak jawab paper ni?! T^T habis lah...
.
Apa-apa pun Hana still gunakan tenaga awal pagi Hana yang masih banyak bersisa tu walaupun tangan ni dah sakit tahap mashaalah tak boleh brain dah! Huhuhu sebaik tak roboh pintu kayu tu! Hahaha maklumlah masa penik macam tu terserlah habis ke'gangster'an Hana! Tak berbaki langsung pun! Hohohoho terajang! Tumbuk! Sepak! Semua jenis jurus Hana gunapakai :P
.
Alhamdulillah,berkat dari tidak putus asa Hana tu,suddenly I heard some voices from above which is obviously suara-suara classmate Hana.Sebab kelas Hana dengan tandas berdepan ja sebenarnya.Cuma kelas Hana tingkat dua.At the time Hana dengar macam diorang tengah penik berkejar ke bawah.But Hana tak rasa lega langsung sebab tak sure about it! So Hana keep on knocking dengan baki tenaga yang ada tu.And yah! Tak sampai seminit Hana dengar bunyik diorang bekerjar ke arah tandas untuk selamatkan Hana.
.
Fuh! Time tu Hana tak leh nak tahan langsung! Feeling like " Ya allah! Akhirnya dioarang sedar pun ketidakadaan Hana dalam kelas " then I finally cried dengan semahu-mahunya! Seriously dah tak kesah dah rupa sis ni macam kain buruk ke apa! Lajuuuu ja air mata mengalir memadamkan adunan bedak kat muka Hana hahahaha.
.
Masa diorang tolak pintu jamban tu... Hana terus terduduk.Hahaha entahlah! Apa ke lembek sangat budak Hana ni!! Cuba lah jadi besi sikit! Dah tu nangis kuat gila! Macam baby baru lahir!! Hahaha punyalah tak gangster!! Apa ni Hana?!!! Menjatuhkan martabat seorang brutel ja! Lepas tu acah tak larat nak berdiri sampai kena pimpin keluar dari tandas :P alahaiiii.... gediknyaaaaaaaaa.

.
Hahahaha memalukan betul lah! Kan ke dah viral satu institusi form 6 tu! Hashtag budak terkurung dalam tandas.Aduhai... sebaiklah kejadian berlaku hari khamis.So tempoh untuk viral tu jadi singkat ja! Since lepas hari jumaat tu cuti seminggu.Heheh tapi seriously terasa macam Insta famous pun ada bila viral selama dua hari tu.Kecam pun kecam! Malu pun malu! Mashaallah... yang tak boleh brain tu siap kena treat macam budak tadika! Hahaha Ya lah... kawan-kawan asyik bagi nasihat take care bagai kalau Hana nak ke mana-mana >_< Semua orang macam extra care gila dengan Hana :') entah lah nak rasa annoying ke terharu... hahhaha sis confuse! :P
.


Anyway! Selamat Menyambut Hari Raya Korban!!! :D  Kepada yang Puasa Arafah tu keep on fighting!!! ^_^ Bye!! Jumpa di lain entri,Inshaallah...

15 comments:

Farah Farah said...

Alahai terkurung pula dalam tandas. Tandas tu bau okay ke tak? Hehe

Cuya Cuya said...

OMG..kisah hana ni lebih kurang kisah saya je..

berbezanya saya terperangkap dengan member baik saya...belum pape dah nangis dah ..adoi...sememeh betul..maklumlah masa tu skola rendah...heheh..but tak leh lupa! XD

jemput singgah blog saya

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

Hana Chie Hana Chie said...

@Farah

Alhamdulillah... bau tandas tu tak adalah tahap busuk sampai tak leh bernafas hahah just nice ja kak Farah >_<

Hana Chie Hana Chie said...

@Cuya

hehehe sep sikit geng hashtag terkurung dalam tandas hahah ^^ apa2 pun pengalaman tu penting! kan? kan? hahahha >_<

Shafyqah Azahar Shafyqah Azahar said...

aduhai takleh bayangla terkurung dalamn toilet hahahaha salam aidiladha!

Hana Chie Hana Chie said...

@Shafyqah Azahar

hahah alhamdulillah masih bernafas haha >_< salam aidil adha jugak!! ^^

Hasliynda Umairah Hasliynda Umairah said...

salam aidiladha

Hana Chie Hana Chie said...

@Hasliynda Umairah

Salam aidil adha jugak!!! ^_^

mrhanafi mrhanafi said...

nasib baik ada orang sedar..

kalau tak terperangkap lebih lama lagi..

semoga peristiwa begini jadi pengajaran

Auni Sofea Auni Sofea said...

Alahai comel je Hana ni. Kalau jadi kat akak mau nangis tergolek2 dalam tandas tu gamaknya..sabar ye adik tadika, next time nak masuk toilet bawak buddy tau.

Hana Chie Hana Chie said...

@mrhanafi

yaaaa T^T Nasib baik sangat ada kengkawan yg prihatin...
heee anyway thanks for reading! ^^

Hana Chie Hana Chie said...

@Auni Sofea

Hahah memang Hana dah kunyah betul2 pengajaran dari peristiwa tu... pasni nak pegi mana2 pun kena bawak buddy! heheh >_<

anak denesor anak denesor said...

gila ah dalam toilet..klo terkunci sampai petang lagi haru...ke bdk perempuan tu yg kunci tu?pelik pulak tetibe

dear anies dear anies said...

cerita hana ni reminds me cerita member dulu. dia terkurung dlm tandas tp x bw henpon. nk dkt sejam dia cuba lps kn diri... lbh sadis sepanjang di dalam tandas tu sorg pun tak masuk... yg kwn dia dok tggu kt luar buat relaks je... hahahaha

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli said...

Hana.. sorry ye.. Akak tergelak nie.. Tapikan cerita Hana nie memang buat akak tergelak.. sorry ye..
Pengalaman ini Hana akan bawa lama dalam hidup Hana sebagai kenangan manis zaman persekolahan.. Seronok tau bila ada orang care pasal kita lepas satu satu kejadian berlaku..