Sunday, 15 July 2018

Encourage the good deeds





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Bagi Hana berdakwah itu,adalah satu cara untuk kita berterima kasih atas segala rahmat free yang Allah bagi tak putus-putus.At the same time ia merupakan satu tanggungjawab.
.
.
Memikirkan perkara di atas membuatkan saraf otak Hana membina ayat tanya " Dah cukup banyak ke sumbangan Hana untuk agama Allah? " 
.
.
Ya,memang siapalah Hana nak suruh orang lain buat baik bila mana diri ini pun belum confirm boleh jadi sleeping beauty kat kubur nanti.But the fact is " membiarkan kemungkaran sedangkan kita tahu ianya salah akan menyebabkan diri kita terjebak sama disoal siasat di akhirat kelak." 

Apa Hana nak balas nanti? 'Saya malu nak tegur...'  'Saya takut kena kecam...'  'Saya malu nak berdakwah...'  ' Tak nak kena label bajet bagus  '

Ok fine! jawapan boleh diterima pakai.Tapi kena sanggup lah dapat habuan sekali dekat sana nanti ya! ^^ hohohoho T^T
.
.
Berdakwah itu tanggungjawab setiap individu muslim.Tak perlu jadi ustazah,tak perlu jadi mufti,tak perlu masuk Pencetus Ummah... tapi bila kita bergelar individu muslim yang mumayiz dan bukan golongan ' setengah tiang ' maka wajiblah kita menegah kemungkaran di sekeliling! Dan mengajak kepada kebaikan.
.

Dan menegur tu pun kena lah berpada-pada kan?! ^^ Bukan berlandaskan sifat riak,membuka aib dan melebih-lebih sampai terbagi hadis palsu or hujah tak kena tempat.But cukuplah berbekalkan ilmu kita yang sedia ada itu.^^ alah paling cikai update status " Jom solat! " "Jom zikir! " " Al-Mulk jom! " Simple kan?! tak perlu jadi netizen bawang pun hahahah.
.
.
Psst! Tak apalah kalau dapat gelaran bajet bagus pun,janji kita dah jalankan tanggungjawab.Tak apalah kalau ada sekelumit rasa riak wujud pun.Tak apa.^^ Kita bukan Nabi.Kita cumalah manusia biasa yang mudah tewas dengan dugaan.Tak apa.Buat ja! Lama-lama hilanglah rasa riak tu.At least awak tak dengar cakap syaitoon yang asyik bisik " Tak yalah berdakwah!! nanti riak! " 
haihh... :( Nak ke kalah dengan syaiton tu? 

Remember that pokok panggal berdakwah adalah untuk tolong agama Allah.Kalau kita bepegang kepada niat yang satu itu,percayalah... rasa ikhlas itu akan hadir dengan sendirinya.^^ 
.
- K.Bye! Nak sambung buat assignment jap! Mr.Stpm tengah memangil-manggil tu :P 

13 comments:

farhanna jafri farhanna jafri said...

sampaikan ilmu walaupun sedikit, ambil semangat rasulullah untuk berdakwah dan sebarkan ilmu ni. Good luck & all the best Hana.

adianiez AIDA adianiez AIDA said...

Aida setuju dgn pndpt hana.
Aida suka share indirectly di fb.
Or grup wasap.
Kita share d samping perbaiki diri, kan :-)

Auni Sofea Auni Sofea said...

Thanks Hana untuk ingatan, buat blog dulu pun niat nak berdakwah jugak walaupun sikit. Harap tak lupa niat, lepasni kena banyakkan penulisan agama..

Azah Rahaman Azah Rahaman said...

sebarkan benda kebaikan walaupun sikit dik kan. all the best tau ngadap mr sptiyemmm. adik can do this!

ayunie ramli ayunie ramli said...

btol. tak semestinya kena penuh ilmu di dada baru boleh berdakwah. sbb nabi pesan, walaupun sepotong ayat perlu disebarkan jika ia dpt memanfaatkan kepada orang lain

Ana Suhana Ana Suhana said...

Dakwah tu subjektif. Tak semesti kena cukup sempurna baru boleh berdakwah. Senyum pada org pun Bentuk dakwah juga kan. Sama2 saling mengingati.

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli said...

Betul tu Hana.. Tak perlu jadi ustazah pun kita boleh menegur.. Tegur dengan berhemah dan tidak menyakitkan..

dear anies dear anies said...

tp otak org kita mcm dah di program kn...nk buat baik tu... mesti akan dilabel ustaz / ustazah. plg menyirap dibalasnya, ko dah kompem ke msk syurga bla ckp mcm ni? eh ehh.. tampor kang ;-)

Eeiou _ Eeiou _ said...

Yang penting niat awak untuk tegur, its good enough. And always do it in a nice way, tak semua boleh terima apa kita cakap as a teguran or nasihat. Sometimes they see it in a different way. So good luck Hana, ❤

Hafiza AizZawa Hafiza AizZawa said...

Teruskan berdakwah dik.. jgn peduli ckp org.. salam.. done follow sini..

vitamin Syaza vitamin Syaza said...

salam kenal dear dari kak syaza :) kak syaza follow ya

ღizzati harunoღ ღizzati harunoღ said...

Nice talk kak hana~ ❤

Azah Rahaman Azah Rahaman said...

jangan dengar cakap orang. just be a true you. motivation post indeed! take care and good luck!