Tuesday, 19 June 2018

Mat Ri Ye!!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!
.
Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni,Hana nak ucapkan Mat Ri Ye!!! Af Ir Tin,da ca log Na .hahaha :P ucapan ikhlas daripada Uchux Raver *Pepandai lah translate sendiri ya :P hehe Btw,jangan tanya mana oh oh tee dee,family raya photo,bomereng dan seangkatannya tu tau! family Hana tak sporting macam family korang T^T









Dan jangan takleh brain pulak bila ini ja yang sempat di'snap walaupun dengan tak berapa jayanya... :') huhuuhu lupa nak tarik nafas masa acah2 candid kat gambar first tu hahaha so hopefully tak ada bonjolan dapat dikenalpasti kat mana-mana lah ya >_< hehe  
.
Sekian... Dah boleh gi sambung acara pengeboman depan rumah masing-masing hahaha :P Btw,komen siket baju raya korang colour apa? Mana lah tau sedondon dengan Hana.~ Aciaaa! >_<


Kepada yang sudi invite Hana untuk join segment tu,nanti Hana join ya!! ^^ Sekarang ni tengah dalam mood World cup :P hahah taklah,busy siapkan homework sebenarnya T^T 

Monday, 11 June 2018

Poyo

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Holla!!!
.
Alhamdulillah,sekarang ni tengah cuti sekolah!!! Yeahh... so maksudnya boleh lah Hana nak bermaja-manjaan dengan blog ni pada masa lapang en?!  :P hhaaha Mr.STPM jangan jeles pulak!! >_<
.
Ok,so bersempena itu, Hana rasa macam nak buat sesi luahan dekat blog ni lah.:') Hahaha macam bermasaalah betul bunyiknya tu!
.
So without further ado, jomlah kita mulakan sesi membawang dengan secukup rencahnya...
Tau tak, since Hana jadi student form six ni Hana ada alami sebuah perasaan tak selesa dengan someone T^T sumpahh! Tak selesa :'( cerita dia cenni, ada seorang student upper six which is senior Hana, dia suka pandang Hana semacam. Tak kesah lah di mana-mana pun, kat bilik seminar ke, kat bus stop ke, kat mana-mana pun, we tend to meet each other. And yang buatkan Hana rasa geli geliman dan tak selesa ialah manusia berkenaan seorang yang beperwatakan agak pelik. He such a shy and silent type of person! And muka dia sebijik muka Raja Atiqullah dalam cerita Nur TV3. Cuma bezanya dia ni versi tak ada misai lah. Hahah ekceli Hana tak layan drama tu pun! >_< kenal pelakon tu sebab sup bunjut viral tu ja :P


Ok sambung...

.
Jahat sangat ke Hana nak gelarkan dia Poyo?! But seriously sorry memang layak pun dia dapat gelaran poyo! Mana taknya! Dah lah muka ketat macam pakai skru a.k.a tak reti senyum! Lepas tu tak reti nak express riak muka a.k.a macam tak ada perasaan! Mashaallah!!! Rimas lah bila kena tenung dengan spesis macam tu T^T
.
Dari gaya-gaya dia tu, Hana boleh confirm yang dia sebenarnya syok kat Hana.:P hahaha bukan nak perasan ke apa, but korang tau sendiri lah introvert ni akan jadi contra bila berdepan dengan orang yang dia suka. But adakah Hana akan rasa happy or excited bila alami sign yang someone suka kat Hana?! Eishh!! Of course lah No! :'( Tak ada maknanya nak feeling2 sambil dengar lagu Sandra 'hey kau' tu.T^T Tak selesa tau tak?! :'(
.
Bayangkan lah betapa dilemanya Hana nak berhadapan dengan kepoyohan dia masa skodeng Hana kat bilik seminar every single morning?! Nak kena tabah sorok muka masa dia lalu lalang depan kelas Hana?! Nak kena tahan diri dari tergangster tanpa sengaja masa dia buat show bina badan depan Hana masa duduk kat bus stop sekolah?! Ya Allah!!! Poyo level langit ketujuh betul lah! Kalau ikutkan hati, memang dah lama nak hadiahkan penyepak sulung ni kat dia T^T huh! Kalau ikutkan hati lah.... tapi tak apa sis tak nak membunuh bulan-bulan puasa ni. :P hahaha hamboi marah sangat tu! Hahaha korang janganlah pakinson! :P hiperbola ja tu >_< ngeeee tapi seriously memang marah tahap tak boleh brain! :') Rasa-rasa macam nak bawa machine gun pergi sekolah hari-hari hahah :P confirm dia tak berani nak tunjukkan kepoyohan dia depan Hana lagi.
.
HAHAHA mesti ada yang dah tarik tong sampah masa baca luahan Hana ni kan? kan? :P ya lah, geli kot!! :'(  kalau jadi kat korang pun, mesti akan rasa macam "hidup ni dah tak selamat" hahaha 
.
Btw, Hana rasa sangat lega sebab dapat buat sesi luahan perasaan dekat ruangan tak berperasaan ni. Heeee :D kalau cerita dengan family member or kawan mesti kena bahan punya!! :') ya lah, bukan senang gangster tak bertauliah macam Hana ni nak kena minat :P Hahaha so yah! Tu ja yang Hana larat nak taip. Hashtag komen yang murni-murni ja tau! Ehh?! Tibeeer! :P K.bye! Selamat mencari Layla. Layla apa? Laylatul qadar <3 aciiiaaa~